Pages

Subscribe:

08 September, 2014

[hang nadim]KENAPA MEMPERTIKAIKAN KERAJAAN YANG DI- PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA.....DAULAT TUANKU.....


Perkara 3(1) – Islam sebagai Agama Persekutuan.
Agama Islam telah dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dengan memasukkan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebarang dasar dan undang-undang yang dilaksanakan perlulah mengambilkira kedudukan Islam sebagai agama Negara.
Justeru itu, walaupun common law Inggeris sudah lama bertapak di negara ini, Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan memberikan ruang dan hak kepada pemerintah untuk menyesuaikan dan menyelaraskannya dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, berdasarkan subseksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956, mahkamah di negara ini dibenarkan untuk mengubahsuai common law England dan kaedah-kaedah ekuiti mengikut keizinan keadaan Negeri-Negeri, penduduknya dan juga keadaan tempatan. Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dalam bukunya bertajuk “Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia” menyatakan bahawa peruntukan tersebut sebenarnya memberi ruang kepada hakim-hakim untuk merujuk kepada undang-undang Islam dalam membuat pengubahsuaian tersebut. Namun, jarang-jarang sekali pengubahsuaian itu dibuat untuk memastikan pemakaian undang-undang Islam bagi orang Islam.

ii, Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memelihara agama Islam.

Bagi memelihara kesucian dan keutuhan Islam sebagai agama Negara, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kewajipan kepada pemerintah sama ada Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman untuk memelihara agama Islam. Perkara ini terserlah dalam sumpah Ketua Eksekutif Utama Negara, iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang diperuntukkan dalam Jadual Keempat kepada Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain YDPA bersumpah dengan lafaz : Wallahi; Wabillahi; Watallahi; dan seterusnya baginda bersumpah untuk memelihara pada setiap masa agama Islam. Selaku Ketua Eksekutif Utama bagi Negara ini, sudah menjadi kewajipan semua anggota Badan Eksekutif dan Pentadbiran tanpa mengira kaum dan agama untuk melaksanakan Sumpah YDPA ini.

iii. Undang-undang Negeri boleh digubal untuk menyekat pengembangan agama lain di kalangan orang Islam.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama Islam dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain. Walaupun Perkara 11(1) membolehkan penganut agama lain mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing tetapi penyebaran itu tertakluk pada kawalan yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan di bawah Perkara 11(4)Perlembagaan Persekutuan.

Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Di Bawah Kuasa Sultan

Selain sifat dan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kuasa Raja-Raja Melayu dalam hal-ehwal pentadbiran agama Islam pula bersifat prerogatif dan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik. Dengan yang demikian, walau apa juga kecenderungan politik sesebuah Kerajaan negeri, ia tidak akan sama sekali menjejaskan kuasa prerogatif Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu dalam hal-ehwal agama Islam di negeri masing-masing. Raja-raja Melayu dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dalam hal yang berhubung dengan pentadbiran dan kemaslahatan umat Islam yang merupakan hak turun-temurun yang diwarisi sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Justeru itu, Kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama islam dan perkara-perkara yang melibatkan hal-ehwal Islam terus diwarisi dalam Perlembagaan.
• Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri melalui institusi fatwa bertanggungjawab untuk memelihara kesucian dan keutuhan hukum Syarak dan mana-mana pihak tidak boleh membuat keputusan berkenaan dengan hukum Syarak tanpa mendapatkan pandangan daripada mufti terlebih dahulu. Sebagai contoh, fatwa mufti daripada seluruh Negeri telah mengharamkan ajaran Qadiani kerana ia didapati menyelewengkan ajaran Islam yang suci walaupun pada asalnya ajaran tersebut digalakkan oleh British dan perlu dibenarkan atas alasan kebebasan beragama. Selain itu, nikah mutaah (kontrak) yang diasaskan oleh fahaman Syiah turut diharamkan oleh para mufti kerana menyimpang daripada amalan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia; dan
• Di bawah Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Sultan dan Majlis Agama Islam Negeri untuk menubuhkan Mahkamah Syariah di Negeri masing-masing. Butiran 1, Senarai Negeri memperuntukkan “…the constitution, organization and procedure of Syariah courts which shall have jurisdiction only over persons professing the religion of Islam and in respect of any of the matters included in this paragraph…”. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu perintah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.
• Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri boleh menubuhkan institusi agama Islam dan menyediakan peruntukan kewangan untuk pembiayaannya.
• Walaupun diskriminasi atas alasan agama adalah dilarang, namun Perlembagaan Persekutuan secara nyata membenarkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di bawah Perkara 12(2) untuk menubuhkan dan menyediakan sejumlah wang bagi menyelenggara institusi-institusi Islam. Peruntukan tersebut adalah seperti yang berikut :
• (2) “… and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.”.
• Melalui peruntukan itu, adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan dan Negeri menubuhkan dan membantu institusi-institusi Islam seperti JAKIM, JKSM, JAWHAR, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, masjid-masjid, sekolah-sekolah agama, kolej, universiti Islam dan sebagainya. Hak tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganut agama lain atas alasan diskriminasi kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri membenarkan (it shall be lawful) keistimewaan yang diberikan kepada institusi Islam sebagai agama bagi Persekutuan;

Penyelarasan Di Peringkat Persekutuan

Pewujudan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 38, Bahagian IV, Perlembagaan Persekutuan sebagai badan penyelaras dan rujukan tertinggi dalam hal-ehwal yang melibatkan kepentingan agama Islam. Sebagai contoh, Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) kali ke-127 pada 29 Jun 2009 baru-baru ini telah menangguhkan pindaan terhadap Akta 505, Akta 303 dan Akta 164 bagi memastikan keseluruhan cadangan pindaan yang menyentuh kepentingan umat Islam dibincangkan terlebih dahulu dengan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
10.
11. Walaupun Negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, tidak semestinya semua undang-undang perlu dilabelkan dengan “Islam” atau “Syariah”. Apa yang penting ialah prinsip undang-undang yang digubal itu tidak bercanggah dengan hukum Syarak atau maqasid Syariah (higher objective of Islamic Law). Bagi tujuan tersebut, usaha mengharmonikan undang-undang sedia ada supaya selaras dengan maqasid Syariah perlu digiatkan supaya undang-undang yang berkuatkuasa di Negara ini bersifat patuh Syariah (Syariah compliant). Langkah tersebut juga adalah selaras dengan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan pihak berkuasa membuat pengubahsuaian undang-undang untuk dikuatkuasakan dalam Negara yang merdeka ini.

Kesimpulan dan Penutup

15. Sebagai Agama bagi Persekutuan, Islam terus dipelihara selaras dengan peruntukkan undang-undang Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri-negeri dan Undang-undang Negeri. Apa yang perlu dipastikan oleh pentadbir Negara dan anggota perkhidmatan awam ialah, dalam apa juga langkah pembentukan dasar dan undang-undang Negara, ia perlu selaras dengan kedudukan agama Negara tersebut. Tanggungjawab untuk memelihara agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam sumpah YDPA merupakan amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam urusan pemerintahan Negara ini, tanpa mengira kaum dan agama. Sebarang usaha daripada rakyat Malaysia sendiri untuk merendah-rendahkan kedudukan agama Islam boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan Negara. Semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam yang terkandung dalam sejarah Negara ini yang diwarisi secara turun-temurun. Ia perlu dihayati dan dipertahankan kerana sesuatu bangsa yang melupai sejarah bangsanya sendiri pasti kelak akan dihukum disebabkan kealpaan mereka itu.



Yang Di-Pertuan Agong Malaysia
يڠ دڤرتوان اݢوڠ
MONARKI
Jata YDPA Malaysia.png
[[|Jata Diraja ]]

Yang di-Pertuan Agong ke-14.jpg
Penyandang
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(Sultan Kedah)

sejak 13 Disember 2011




Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia(tulisan Jawiيڠ دڤرتوان اݢوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinetatau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1]. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siap yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti (Artikel 40). Ia, bagaimanapun tidak membenarkan hak dan kuasa menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh menolak atau menggantung permohonan membubarkan parlimen (Artikel 40).[2] Boleh membubarkan atau menghentikan Parlimen (Artikel 55) tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen dengan permintaan Perdana Menteri (Artikel 43). Boleh menolak undang-undang baru atau pindahan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awal padanya (Artikel 66)

https://www.facebook.com/abmajid.othman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.