PULAU PINANG 7 Sept. - Sebanyak 51 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersatu mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di bawah kerajaan negeri.
Wakilnya, Ahmad Yaqub Nazri berkata, Guan Eng wajar dikenakan tindakan tegas kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan PPS yang jelas merupakan pertubuhan haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Dalam masa sama katanya, tindakan tegas itu juga sebagai pengajaran memandangkan Guan Eng sebelum ini beberapa kali melontarkan cabaran kepada polis supaya menahannya dan membuat kenyataan berunsur provokasi dengan mengecam PDRM.
"Guan Eng sepatutnya ditahan kerana beliau terlibat secara langsung dalam merancang pergerakan dan hala tuju PPS serta meluluskan peruntukan khusus untuk pasukan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berhubung desakan itu kepada Pegawai Pentadbiran Jenayah, Inspektor Sarimah Osman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.
Antara NGO yang terlibat dalam menyerahkan memorandum itu ialah Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta) negeri, Persatuan Wira Bersatu (Perwira) negeri, Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang, Persatuan Beca Pulau Pinang dan Persatuan Pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
Guan Eng sebelum ini beberapa kali mencabar polis menahannya berhubung isu penubuhan PPS selepas beberapa pemimpin kerajaan negeri ditahan antaranya Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang juga Pengerusi PPS.
Yang turut ditahan bagi membantu siasatan sebelum ini ialah Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik yang juga Timbalan Pengerusi PPS serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer.
Sementara itu, Ahmad Yaqub yang juga Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri berkata, selain desakan tersebut, memorandum terbabit turut mengandungi sokongan terhadap pengekalan Akta Hasutan dan meminta Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalika
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140908/dn_13/51-NGO-desak-Guan-Eng-ditahan#ixzz3Cfpm5WlG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Derhaka kepada raja, negara
العصيان للملك والوطنية
Oleh ZULHISHAM ISAHAK
MUAR 7 Sept. - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terus mempertahan dan menghalalkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) demi kepentingan politik disifatkan sebagai jenayah dan penderhakaan tertinggi terhadap raja serta negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, perbuatan Guan Eng mencabar kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat tidak bertanggungjawab dan PPS tidak kebal daripada proses undang-undang.
"Dalam ucapannya beliau mencabar pasukan keselamatan, ini merupakan satu tindakan penderhakaan tertinggi kerana PDRM bertugas mempertahankan negara kita. Menentang pihak polis bermakna menentang raja dan negara kita sebenarnya.
"Ayat yang dikatakan adalah sangat serius apatah lagi keluar daripada mulut orang yang bukan kebanyakan tetapi Ketua Menteri, sudah tentu orang yang berpengaruh. Jadi, mana letak tanggungjawab beliau bertindak sebegitu rupa," katanya selepas merasmikan Pesta Tanglung Masyarakat TiongHua di Pekan Parit Yusof di sini malam tadi.
Beliau mengulas kontroversi penubuhan PPS oleh kerajaan negeri yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi mempunyai ahli mencecah 10,000 orang selain mempunyai pakaian seragam sendiri seperti jaket keselamatan dan topi serta kelengkapan walkie-talkie.
Razali berkata, dalam menangani isu PPS, rakyat tidak boleh beremosi, bersentimen atau berpolitik kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan kerana pasukan itu jelas beroperasi secara haram dan melanggar undang-undang negara.
Beliau berkata, PDRM sudah menjalankan kerja dengan baik dalam menjaga ketenteraman serta keselamatan awam dan hari ini beban kerja polis dalam menangani jenayah sedikit terganggu untuk menangani isu PPS.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, PPS tidak seharusnya mengambi alih tugas polis dan mereka tidak mempunyai bidang kuasa menangkap orang awam dan kewujudan PPS hanya menyumbang kepada masalah baharu.
"PPS adalah satu pertubuhan haram, jadi tindakan perundangan perlu dikuatkuasakan. Rakyat kita pada asasnya mahukan kesejahteraan dan keselamatan. Jadi, jangan timbulkan kacau-bilau, perkara ini tidak menguntungkan.
"Pihak polis pun ada banyak kerja lain daripada melayan perkara ini. Kuasa menangkap tidak diberikan kepada rakyat kerana mereka tidak ada kebenaran, latihan dan disiplin untuk berbuat demikian," katanya.
Beliau menempelak Guan Eng kerana cuba menyamakan PPS seperti pasukan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sedangkan organisasi itu berdaftar manakala PPS adalah pertubuhan haram.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140908/dn_08/Derhaka-kepada-raja-negara#ixzz3CfsHSfRh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Akta Hasutan tidak dihapus dalam masa terdekat
JOHOR BAHRU 7 Sept. - Kerajaan tidak akan menghapuskan Akta Hasutan 1948 dalam tempoh terdekat biarpun mendapat desakan daripada pelbagai pihak untuk berbuat demikian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, kerja-kerja untuk merangka rang undang-undang baharu, Akta Keharmonian Nasional mengambil masa ekoran perlu mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk orang ramai.
Beliau berkata, hingga kini kerajaan belum merangka draf akta baharu itu walaupun ada segelintir pihak mendakwa sudah dirangka dan akan dibentangkan tahun depan.
"Memang sudah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan tetapi tidaklah dalam masa terdekat kerana untuk menggantikannya kita perlu menjalankan kajian terperinci dengan mengambil kira pandangan banyak pihak.
"Kerajaan menerusi Jabatan Peguam Negara sedang bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam mendapat maklum balas mengenainya," katanya selepas merasmikan Seminar Literasi Undang-Undang: Wanita Bestari Masyarakat Bahagia di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140908/dn_03/Akta-Hasutan-tidak-dihapus-dalam-masa-terdekat#ixzz3CftWvuxP
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.bekaspolis.com/
https://www.facebook.com/abmajid.othman
https://www.facebook.com/pages/Persatuan-Bekas-Polis-Malaysia/143912882295438
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.