18 November 2014 1:21 AM
“Hubungan antara Amerika Latin dan Islam telah bermula sejak abad ke-12 lagi. Islam (terlebih dahulu) menjumpai Amerika pada 1178, bukannya Columbus.
“Pelayar Islam (mula) tiba di Amerika pada 1178. Columbus (mengesahkan) pernah menyebut tentang kewujudan sebuah masjid di sebuah bukit di pantai Cuba,’’ katanya semasa berucap pada satu sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Islam dari Amerika Latin, di sini.
Menurut Erdogan, Ankara bersedia membina sebuah masjid di tapak yang dimaksudkan oleh pengembara dari Genoa itu seperti yang tercatat dalam diarinya, lapor portal berita Al-Jazeera.
“Saya ingin membincangkan perkara itu dengan rakan-rakan saya dari Cuba. Sebuah masjid amat sesuai (dibangunkan) di atas bukit itu hari ini,’’ kata Erdogan.
Kebanyakan buku sejarah sebelum ini melaporkan bahawa Columbus menjejakkan kaki ke benua Amerika pada 1492 ketika mencari laluan maritim baharu ke India.
Beberapa ulama Islam, baru-baru ini, mendakwa Islam terlebih dulu sampai di Amerika, walaupun tiada sebarang tinggalan struktur binaan Islam pra Columbus pernah ditemukan.
Dalam satu artikel kontroversi diterbitkan pada 1996, pakar sejarah Dr. Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika merujuk sebuah diari tentang kedatangan Columbus menyatakan tentang kewujudan sebuah masjid di Cuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.