Pages

Subscribe:

07 Julai, 2009

Kalau Kawan Dah Tak Sokong.........

Kena kepala sendiri baru sakit aduh!!! duh ,hello bro awak asyik dok henta
mmm org je bila dak kena2 baru nak rasa pedih pedih... Damaiii

------------ Original Message----- --------- ---

Cina Pun Sokong tindakan Kedah Roboh Rumah Sembelihan Babi.
Posted on Saturday, July 04 @ 07:30:00 PDT by TokPenghulu=20
Oleh: amanlegend

DAP berudur..... bukan keluar!!

Hari ini seperti dijangka, banyak akhbar memuatkan berita gempar: DAP kelua
r PR Kedah. Yang seronoknya ialah kepala berita sesetengah akhbar-akhbar
Melayu (tak payah sebut nama, tak perlu publisiti nama depa) yang tajuknya: '
DAP keluar Pakatan'. Sejak bila DAP keluar PR?=20
Yang keluar PR ialah DAP Kedah, bukan DAP Pusat. Tajuk 'keluar' juga mungki
n tidak tepat, sebab kenyataan Pengerusi DAP Kedah menyebut partinya
'berundur' dari PR Kedah. Berundur dan keluar ada bezanya. 'Berundur' boleh
melangkah ke depan balik, keluar mungkin tak masuk-masuk lagi!
Baru sebentar tadi saya mengunjungi kedai runcit di kawasan perumahan saya
yang dimiliki oleh seorang anak muda Cina untuk memasukkan kredit telefon
bimbit. Si-pekedai itu ketika itu sedang membaca akhbar Cina yang tajuk depa
nnya pasti berita mengenai tindakan DAP Kedah itu. Saya tidak perlu memahami
apa yang ditulis dalam akhbar yang dibacanya, melihat gambar Pengerusi DAP
Kedah dan Ustaz Azizan di dalamnya sudah cukup menceritakan maksud kandungan
akhbar Cina itu.
"Tak patut betoi kerajaan Kedah ni", saya cuba mencetus provokasi, "Ada ka
patut depa pi roboh rumah sembelih babi tu!"
"I kata patut!!", tiba-tiba kata anak muda yang memang fasih berbahasa
Melayu itu. Suaranya yang nyaring mengejutkan saya.


"Pasai apa hang kata patut, ramai orang Cina marah dengan kerajaan Kedah",
kata saya.
"Sapa kata Cina marah. I tak marah, mak I....", katanya sambil menunjuk jari
kepada emaknya yang sedang melayan seorang pelanggan lain, "Mak I pun tak
marah. Semua 7 adik beradik kami di rumah ni pun tak marah! Kalau you pi
tanya orang Cina lain pun, I percaya ramai yang macam I juga, tak marah"
"Kalau rumah sembelih lembu duduk kat situ, duduk tengah-tengah pekan, duduk
dekat tempat kedai makan dan pasar, kemudian kerajaan pi roboh, you marah
dak?", tanya pemuda itu.
"Pasai apa nak marah, saya tak marah", jawab saya.
"Sebab tu kami juga tak marah. Memang patut rumah sembelih di tempat dekat
dengan orang ramai berkumpoi macam tu diroboh, baunya tak elok, macam rumah
sembelih lembu juga, baunya mesti tak elok", jelasnya.
"Tapi DAP marah, depa keluar Pakatan", kata saya.
"Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok
ada depan depa!", kata pemuda itu sambil memasukkan nombor kredit ke dalam
telefon bimbit saya.
ALOR SETAR: Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak
mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana
mereka sememangnya menyokong langkah itu.
Peniaga, Azizan Ahmad, 50, berkata kebanyakan penduduk di sekitar kawasan
penyembelihan itu memang mahukan tempat berkenaan ditutup kerana berasa
tidak selesa akibat bau busuk dan kotor.
Katanya rata-rata penduduk di kawasan berhampiran tidak menunjukkan tanda
bantahan dan akur dengan perintah supaya tempat penyembelihan yang beroperasi
sejak lebih 30 tahun lalu itu ditutup.


"Ia tidak harus dipolitikkan atau dijadikan sebagai alasan untuk DAP Kedah
keluar daripada pakatan pembangkang di negeri ini," katanya kepada Bernama
hari ini.

Basharudin Said, 65, berkata tindakan DAP itu seolah-olah ia tidak memikirk
an kehendak penduduk setempat yang mahu tempat penyembelihan berkenaan
ditutup.

"Tanya la siapa pun, semua setuju tempat tu tutup sebab busuk... kedai deka
t-dekat sini pun merungut sebab pelanggan kurang makan minum di kedai mereka,
" katanya.

Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia
ker ana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan
berkenaan.

"Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah
dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)
," katanya.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada
pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama
tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
(Sumber: BERNAMA)

On Mon, 7/6/09, spntech
pakbelang@yahoogroups.com
Date: Monday,
July 6, 2009, 12:08 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.