Pages

Subscribe:

20 September, 2009

Apakah Gangguan Seksual?

Gangguan Seksual merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.

Gangguan lisan – Contoh: teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan.

Gangguan dari segi isyarat – Contoh: menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

Gangguan visual – Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

Ganguan psikologikal – Contoh: Undangan-uundangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.

Gangguan fizikal – Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual

- Women’s Aid Organisation

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.