Pages

Subscribe:

22 September, 2009

Kita sebenarnya mampu untuk terbang… mengapa masih mahu merangkak?

Seloka Merungkai Resah

Dinihari pergi
Fajar pula mendatang, selajur menyingsing
Sang mentari melempar senyuman
Menampakkan tampangnya
Membakar diri
Bersinar menerangi seisi makhluk

Tidak pernah sesekali ia merintih
Walau senada kesal
Keluh, kesah
Tak akan…

Suria itu terus menambah bara-bara sinar
Gelora itu sama sekali tidak pernah terpadam
Walau sesaat
Hatta sedetik
Segenap penjuru merasa kecerlangannya

Badai dan langkisau sesekali mengganggu gugat
Mengancam, menggugah
Kedamaian mentari seolah diragut
Seakan dijarah
Selagi mana kudrat terdaya
Dia masih di situ…

Senja langsam menyambut
Mentari itu pasti juga akan pergi
Mengharap hari esok ada lagi peluang buatnya
Impian yang tulus
Semata berbakti untuk seluruh yang bernyawa

Profil Lengkap Sang Mentari

1) Nama : Mohd Azreen Ezairy Bin Mohmad Sallih
2) Tarikh lahir : 29 April 1986
3) Profesyen : Pelajar Fakulti Perubatan, Universiti Ain Shams Mesir
4) Pendidikan :

(i) SK Sekudai Batu 10 Johor Bahru
(ii) SMK Tasek Utara Johor Bahru
(iii) MRSM Mersing
(iv) Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang Selangor
sangmentari.wordpress.com
5) Emel/YM ID : mohd_azreen_ezairy@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.