Pages

Subscribe:

30 Oktober, 2009

PERANG [WAR] TIDAK ADA SIAPA YANG UNTUNG






Moazzam Begg (gambar kecil) dibantu rakannya menunjukkan bagaimana beliau diseksa semasa berada dalam tahanan pada Persidangan dan Pameran Menjenayahkan Perang 2009 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Diseksa mental dan fizikal

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Dia dibiarkan mendengar jeritan seorang wanita yang disoal siasat di bilik bersebelahan. Tujuannya supaya dia percaya bahawa wanita itu adalah isterinya.
Tertekan akibat mendengar jeritan yang disangka suara isterinya itu, menyebabkan Moazzam Begg tidak dapat menahan perasaannya.
‘‘Saya tidak dapat menggambarkan apa yang saya rasa ketika itu terutama apabila saya memikirkan suara jeritan di bilik sebelah adalah suara isteri saya,” katanya ketika berkongsi pengalaman semasa menjadi tahan di Kem Guantanamo, Cuba.
Moazzam yang tidak dapat menahan sebak memaparkan kisah pahit itu pada sesi prosiding Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) di sini, hari ini.
Moazzam menyambung pengalaman tragis itu dengan memberitahu, sejak ditahan, dia berulang kali didesak supaya mengaku melakukan kesalahan yang tidak dilakukan.
Katanya, dia juga diingatkan bahawa nasib keluarganya bergantung kepada pengakuan yang dibuatnya.
Penyeksaan mental, menurut Moazzam adalah tambahan kepada penderaan fizikal yang dikenakan ke atasnya. Turut bersamanya dalam tahanan tersebut adalah lapan warga British. Mereka ditahan tanpa sebarang tuduhan rasmi atau perbicaraan.
Moazzam mendakwa telah diculik di London pada Disember 2001 dan dibawa ke wilayah Kandahar, Afghanistan serta disoal siasat di sana sebelum dihantar ke Guantanamo.
Menurut Moazzam, sewaktu ditahan, dia telah diheret di atas lantai dengan kedua-dua belah tangannya dihela ke belakang dan dibawa ke tempat yang tidak diketahuinya oleh beberapa pegawai yang dipercayainya sebagai ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat dengan senjata api diacu ke kepalanya.
Katanya, para penyiasat juga berulang kali menyoalnya dengan soalan-soalan yang tidak difahaminya seperti bilakah kali terakhir beliau berjumpa Osama bin Laden sedangkan beliau memang tidak pernah bertemu pemimpin rangkaian Al-Qaeda itu.
“Rambut dan janggut saya dicukur selain dipukul dan ditendang bertalu-talu oleh para penyiasat dan mereka juga tidak berhenti-henti bertanya mengenai Osama,” katanya sewaktu memberi pengakuan bersumpah di hadapan panel KLWCC.
Sewaktu memberi pengakuan bersumpah, saksi berusia 41 tahun itu juga menceritakan kekejaman yang dilaluinya sepanjang berada di kem tahanan di Teluk Guantanamo tersebut sehinggalah dibebaskan pada 25 Januari 2005 tanpa melalui sebarang proses pendakwaan.
“Tahanan tidak dibenarkan bergerak, berjalan dan bercakap. Makanan hanya diberi dua kali sehari iaitu roti. Tiada buah-buahan segar mahupun minuman panas diberikan. Begitu juga dengan sayur-sayuran.
“Kami hanya dibenarkan mandi beramai-ramai sekali dalam tempoh dua atau tiga minggu sekali. Kami juga dibogelkan dan diikat,” jelasnya lagi.
Moazzam yang beragama Islam berkata, haknya untuk bersolat dinafikan dan seingatnya, dia tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga tahun pertama di kem berkenaan.
Dia mendakwa menyaksikan bagaimana dua tahanan dibunuh dengan kejam apabila kepala mereka dihentak dengan objek tumpul oleh askar AS.
Katanya lagi, dia percaya tentera Amerika juga telah mempengaruhi beberapa tahanan menerusi pakar psikologi tentera untuk membunuh diri kerana cara mereka meragut nyawa sendiri itu hampir sama.
Lelaki tersebut turut merayu suruhanjaya itu untuk membawa kesnya ke tribunal jenayah perang kerana layanan yang diterimanya sepanjang berada dalam tahanan tentera AS adalah di luar batas-batas kemanusiaan.

Kuasa rakyat hentikan perang

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Kuasa rakyat merupakan alat terbaik dan paling berkuasa untuk menghentikan peperangan selain menentang sebarang usaha melancarkan perang di seluruh dunia.
Pendapat tersebut dikongsi bersama oleh empat ahli panel pada sesi keenam bertajuk “Keamanan dan Keadilan” pada Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang, di sini semalam.
Ahli-ahli panel terdiri daripada bekas Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Sanusi Junid dan Pengerusi Yayasan Ramadhan, Muhammad Umar.
Anggota lain ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Tribunal Brussels, Hana Al-Bayaty dan Pengarah Cage Prisoners yang juga bekas tahanan Teluk Guantanamo, Moazzam Begg.
Mereka bersetuju bahawa hanya kuasa rakyat sahaja yang dapat memastikan peperangan dapat dijadikan sebagai satu kesalahan serta dianggap jenayah.
Sanusi dalam pembentangannya memberitahu, peperangan di Vietnam berjaya ditamatkan bukan kerana kekuatan tentera Vietcong tetapi kerana bantahan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Katanya, bantahan tersebut bukan sahaja berlaku di negara-negara yang mana rakyatnya menentang peperangan tetapi juga secara meluas berlaku di Amerika Syarikat.
“Bantahan di AS mencakupi semua golongan iaitu ahli politik, rakyat biasa dan paling penting ialah bekas anggota tentera AS yang pernah berkhidmat di Vietnam.
“Golongan inilah yang meningkatkan tekanan kepada pentadbiran AS agar menamatkan peperangan di Vietnam dan akhirnya kita menyaksikan AS terpaksa keluar dari negara itu dengan rasa malu,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Umar memberitahu, peperangan berlaku di Iraq, Afghanistan, Palestin dan banyak lagi negara Islam kerana umat Islam gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.
Katanya, umat Islam tidak langsung memberi penentangan bermakna dan komited terhadap usaha negara-negara Barat untuk melancarkan perang ke atas negara Islam.
“Apa yang kita saksikan hari ini, orang yang bukan beragama Islam merupakan kumpulan yang bersusah payah untuk melancarkan gerakan-gerakan bagi memaksa dunia mengambil tindakan untuk menghentikan peperangan serta kekejaman yang berlaku di negara-negara Islam.
“Nama-nama seperti Matthias Cheng, Hans Von Sponeck, George Galloway dan Cynthia McKinney inilah yang bersusah payah menentang kekejaman yang dilakukan oleh tentera Barat di negara Islam seperti di Palestin,” katanya.
Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam agar bangkit untuk melaksanakan tanggungjawab mereka bagi menamatkan peperangan di negara-negara Islam.
Sementara Hana menegaskan, AS yang menakluki Iraq tidak akan membiarkan negara itu aman kerana negara kuasa besar itulah merupakan dalang kepada kejadian serangan-serangan terhadap penduduk Islam.
Katanya, kejadian serangan bom di Iraq merupakan tindakan yang dirancang oleh AS bagi memastikan negara itu terus bergolak dan berada di dalam kekacauan.
“Serangan yang dikatakan menghapuskan kumpulan etnik agama di Iraq sebenarnya dilakukan oleh AS kerana merekalah yang menubuhkan kumpulan-kumpulan militia untuk melancarkan serangan terhadap penduduk Islam.
“Peperangan yang berlaku di Iraq sekarang bukan di antara orang Iraq dengan tentera AS tetapi dengan kumpulan-kumpulan militia yang dibentuk oleh AS bagi memastikan negara itu terus bergolak,” katanya.

Beri kesedaran bahaya perang

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) merupakan satu usaha penting untuk menghapuskan perang dan memberi kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai bahaya peperangan.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar mengalu-alukan penubuhan tribunal itu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenainya.
Katanya, sebelum ini terdapat beberapa tribunal yang telah dibentuk antaranya Tribunal Jenayah Perang Iraq dan ia berjaya mencapai matlamat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dunia.
“Oleh itu, penubuhan sebuah Tribunal Jenayah Perang pada Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang di sini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap bahaya sesuatu peperangan seterusnya mengurangkan risiko perang di dunia.
“Walaupun tiada tindakan berkesan dapat dilakukan hasil keputusan sesuatu tribunal itu tetapi ia dapat meningkatkan kesedaran moral dan menyentuh hati manusia mengenai peperangan,” katanya selepas sidang akhbar pelancaran program Charter For Compassion di Hotel Hilton Petaling Jaya hari ini.
Beliau mengulas mengenai cadangan penubuhan KLWCT pada Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang yang berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan perang dan menjadikan ia sebagai satu bentuk jenayah.
Hadir sama Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Mohd. Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MPH Group (M) Sdn. Bhd, Datuk Ng Tieh Chuan.
Sementara itu bercakap mengenai program Charter For Compassion, Chandra berkata, ia diilhamkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai nilai kemanusiaan yang ditulis dalam internet.
“Program tersebut akan berlangsung pada 12 November ini di Hotel Hilton Petaling Jaya dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

===================================
Beri kesedaran bahaya perang

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) merupakan satu usaha penting untuk menghapuskan perang dan memberi kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai bahaya peperangan.
Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar mengalu-alukan penubuhan tribunal itu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenainya.
Katanya, sebelum ini terdapat beberapa tribunal yang telah dibentuk antaranya Tribunal Jenayah Perang Iraq dan ia berjaya mencapai matlamat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dunia.
“Oleh itu, penubuhan sebuah Tribunal Jenayah Perang pada Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang di sini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap bahaya sesuatu peperangan seterusnya mengurangkan risiko perang di dunia.

“Walaupun tiada tindakan berkesan dapat dilakukan hasil keputusan sesuatu tribunal itu tetapi ia dapat meningkatkan kesedaran moral dan menyentuh hati manusia mengenai peperangan,” katanya selepas sidang akhbar pelancaran program Charter For Compassion di Hotel Hilton Petaling Jaya hari ini.
Beliau mengulas mengenai cadangan penubuhan KLWCT pada Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang yang berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan perang dan menjadikan ia sebagai satu bentuk jenayah.
Hadir sama Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Mohd. Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MPH Group (M) Sdn. Bhd, Datuk Ng Tieh Chuan.
Sementara itu bercakap mengenai program Charter For Compassion, Chandra berkata, ia diilhamkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai nilai kemanusiaan yang ditulis dalam internet.
“Program tersebut akan berlangsung pada 12 November ini di Hotel Hilton Petaling Jaya dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.
=====================================

Tentera NATO tembak tahanan dalam kontena besi

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) diberitahu, anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengurung kira-kira 200 tahanan yang didakwa sebagai anggota Taliban di dalam sebuah kontena besi sebelum menembak kontena tersebut serta membiarkan tahanan mati akibat kecederaan, kekurangan oksigen dan kepanasan.
Rhuhel Ahmad, 27, memberitahu, beliau menyaksikan sendiri kekejaman yang dilakukan oleh anggota tentera NATO termasuk dari Amerika Syarikat (AS) ketika ditahan pada awal 2001.
"Saya dan seorang kawan merupakan antara berpuluh orang yang bernasib baik kerana diletakkan di dalam kontena kanvas tetapi seorang lagi kawan yang bersama-sama ke Afghanistan tidak bernasib baik kerana diletakkan di dalam kontena besi itu," katanya.
Rhuhel merupakan saksi kedua yang memberi keterangan kepada KLWCC yang mengadakan pendengaran awam sulung selepas ditubuhkan pada tahun lepas.
Suruhanjaya itu mendengar keterangan daripada enam saksi yang ditahan di kem tahanan tentera laut AS di Teluk Guantanamo serta mangsa-mangsa kekejaman tentera AS di Iraq.
Pendengaran awam itu dipengerusikan oleh Zainur Zakaria, seorang peguam terkenal negara serta turut dianggotai oleh Profesor Hans Von Sponeck (Amerika Syarikat), Dennis Halliday (Irealand), Musa Ismail (Malaysia), Profesor Gurdial Nijar (Australia), Dr. Zulaiha Ismail (Malaysia) dan Profesor Dr. Mohd. Akram Shair Mohamed (Malaysia).

Rhuhel ditahan bersama-sama dua kawannya oleh tentera NATO ketika menyeberang ke Afghanistan untuk membeli dadah selepas menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Pakistan.
Beliau yang ketika itu berusia 18 tahun memberitahu, ramai tahanan di dalam kontena itu dibiarkan mati dan tidak diberikan air selama dua minggu.
Mereka juga dibiarkan berasak-asak dengan jumlah tidak kurang 40 orang di dalam bilik kurungan berkeluasan 5 x 5 meter.
"Saya akhirnya diserahkan kepada tentera AS dan diterbangkan ke Kandahar, Pakistan dengan tangan saya digari, kepala ditutup dengan plastik serta berterusan didera oleh tentera AS dan tidak diberi makan pada hari pertama.
"Pada hari kedua saya diletakkan di dalam khemah bersama-sama 20 orang dan disoal siasat oleh pegawai agensi perisikan AS dan British sebelum dipindahkan ke bilik penjara lain.
"Di sana saya telah dibotakkan dan dipaksa memakai pakaian khas yang mengehadkan pergerakan kaki, tangan serta tidak boleh berdiri sebelum kami dihantar ke Teluk Guantanamo," katanya.
Rhuhel memberitahu, setibanya di Guantanamo, dia telah ditendang berkali-kali oleh askar AS sebelum mereka membuat pemeriksaan menyeluruh, mengambil cap jari dan dihumban ke dalam bilik kurungan daripada simen yang luasnya hanya 2.5 x 3 meter.
Katanya, sepanjang ditahan di situ, dia turut ditemui oleh beberapa anggota perisikan British tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa kerana dia berada dalam tahanan AS.
Tambah Rhuhel, selain terpaksa memakai pakaian yang sangat merimaskan itu, tentera AS turut memasang muzik dengan kuat di samping meletakkan anjing yang menyalak setiap masa berhampiran bilik kurungannya.
"Penderaan oleh tentera AS amat menyeksakan serta menyebabkan seluruh badan saya kejang dan saya berdepan dengan masalah halusinasi. Kesan psikologi yang dihadapi oleh tahanan ternyata lebih teruk berbanding kesan fizikal.
"Anggota perisikan British menemui saya setiap enam bulan sekali dan membuat pelbagai dakwaan terhadap saya dan setiap enam bulan mereka akan memberi suntikan yang didakwa sebagai ubat selesema dan ia diberi secara paksa," katanya.

HARAPAN HANG NADIM

WAHAI MANUSIA SELURUH DUNIA MARI KITA FIKIRKAN AGAR KITA TIDAK BERPERANG MARI KITA HIDUP TOLONG MENOLONG,BERSATU DAN MEMAKMURKAN DUNIA, ANDAINYA KITA MENOLONG SESEORANG DIA AKAN MENOLONG ORANG LAIN...DAN ORANG YANG DI TOLONG AKAN MENOLONG ORANG LAIN HINGGA BERTERUSAN.... KENAPA TENTERA KITA DIHANTAR KE NEGARA ORANG UNTUK BERPERANG DENGAN RAKYAT NEGARA ITU DAN TERUS MEMBUNUH RAKYAT YANG TIDAK BERDOSA HANYA UNTUK MEMBINA KEHENDAK SESEORANG PEMIMPIN YANG RAKUS DENGAN MEMBUAT PEMBOHONGAN ,FITNAH,TEKANAN DAN MENYATAKAN NEGARA ITU FAKSI KEJAHATAN....BETAPA PILUNYA RAKYAT IRAQ YANG TIDAK BERDOSA DI TINDAS DI BUNUH DI ROGOL DAN DI SEKSA

KATAKAN MANUSIA YANG SUKA MEMBUNUH LEBIH JAHAT DARI BINATANG PEMANGSA......DAN KITA HARAP MANUSIA YANG RAKUS INI DI DATANGKAN BALA DAN BENCANA KEATAS MEREKA DAN TENTERA MEREKA YANG ZALIM DAN TIDAK BERSIPAT MANUSIA.........

KITA LIHAT PLASTIN PENDERITAAN DAN BERSIMPATI

RAKYAT PLASTIN ADALAH WIRA YANG MEM PER TAHANKAN NEGARA MEREKA TETAPI MASYARAKAT DUNIA MENGGANGGAP MEREKA PENGGANAS.....ADAKAH RAKYAT SEBUAH NEGARA MEMPERTAHANKAN NEGARANYA SEBAGAI PENGGANAS...........INI ADALAH TANGGAPAN NEGARA DAN RAKYAT BARAT
ISRAEL DIBERI TANAH UNTUK JADIKAN NEGARA DARI TANAH PLASTIN OLEH BRITISH PATUT PEMIMPIN ISRAEL DAN RAKYAT ISRAEL BERSYUKUR....PERAKARA INI BERLAKU TAHUN 1948
PLASTIN ADALAH RAKYAT TERBAIK BERKORBAN UNTUK RAKYAT ISRAEL.....TETAPI MALANGNYA MEREKA DITINDAS....DIHARAP ISRAEL INSAF DAN FIKIR APA YANG TERCATIT DALAM SEJARAH
SIAPA PENCEROBOH PLASTIN ATAU ISRAEL...MARILAH KITA FIKIRKAN BERSAMA MENCARI PERDAMAIAN .....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.