30 Oktober, 2009
BANTUAN BUKAN UNTUK PERANG ATAU BELI SENJATA
Palestin diberi RM1.4 juta
Rosmah Mansor menerima kunjungan hormat Izideen M. El Dahnoon di kediaman Perdana Menteri, semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut (kanan) dan Anggota Lembaga Pengarah Aman Palestin, Hashimah Salleh (kiri). - BERNAMA
Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Malaysia memperuntukan RM1.4 juta tahun ini untuk melaksanakan dua projek kemasyarakatan di Palestin bagi membantu rakyat di negara itu.
Projek berkenaan adalah Makro Kredit yang membabitkan pembinaan dua buah kilang roti, sebuah pasar raya dan sebuah klinik pakar.
Sebuah lagi projek adalah menyediakan kaki palsu bagi seorang kanak- kanak Palestin yang menerima rawatan di sana.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM14 juta disumbangkan rakyat Malaysia kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dilancarkan kerajaan dan Aman Malaysia sebelum ini.
"Projek itu ada yang sedang dijalankan dan ada yang sudah dilaksanakan bertujuan meringankan beban mangsa pelarian dan peperangan Palestin terutama di Wilayah Gaza.
"Kedua-dua projek ini menunjukkan kejayaan dan keprihatinan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin walaupun ada yang disumbangkan individu daripada berlainan agama," katanya.
Rosmah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Gaza, Izideen M. El Dahnoon di kediaman Perdana Menteri di sini hari ini.
Kunjungan hormat Izideen bertujuan mengucapkan terima kasih dan sebagai penghargaan kepada kerajaan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat negara ini di atas beberapa usaha yang dijalankan bagi membantu rakyat Palestin.
Rosmah berkata, kesemua kutipan itu diserahkan kepada Wisma Putra dan hanya dikeluarkan untuk membantu rakyat Palestin.
"Ada sebuah jawatankuasa khas di Wisma Putra akan menilai dan menentukan apakah projek terbaik yang patut dilaksanakan di Palestin seterusnya sebelum dana dikeluarkan.
"Baru-baru ini, kita keluarkan RM3.43 juta untuk pembelian bot bagi menghantar makanan ke Palestin melalui jalan laut menggantikan bot lama yang sudah usang," jelas beliau.
PEJUANG PLASTIN MEREKA BUKAN PENGGANAS TETAPI INSAN YANG BAIK HATI DAN DITINDAS
MEREKA PERTAHANKAN NEGARA MEREKA YANG DI CEROBOH.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.