29 November, 2010
[hang nadim] Siapkan Kertas Cadangan Buku
Rabu, 2009 April 29
Alu-aluan
Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.
Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.
Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.
Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.
Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.
Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit
Siapkan Kertas Cadangan Buku
Jika anda tiada perancangan untuk menerbitkan buku sendiri, dan ingin buku karangan anda diterbitkan penerbit yang terkenal di pasaran buku, maka anda sebaiknya menyiapkan cadangan buku.
Cadangan buku ialah kertas di antara 5 hingga 10 mukasurat yang mengandung butiran perihal penerbitan buku karangan anda. Butiran disenaraikan poin demi poin, selengkapnya.
Dikatakan cadangan buku ialah tiket kepada penerimaan buku anda supaya diterbitkan. Seringkali cadangan buku disiapkan dahulu sebelum buku dikarang. Cadangan buku ini diserahkan kepada penerbit buku untuk mendapatkan kelulusan.
Ramai pengarang pertama kali tidak tahu menahu perihal cadangan buku ini. Ada yang merasa berat dan keberatan menyiapkannya. Walaupun keberatan, namun menyiapkan cadangan buku sebenarnya menyeronokan. Cadangan buku ialah gambaran awal, semacam peta, langkah seterusnya bakal anda lalui dalam proses mengarang buku.
Bila seseorang pengarang buku bertemu dengan penerbit buku, diberitahu perihal buku yang bakal dikarangnya. Apa yang diberitahu itu, dan soal jawab di antara keduanya, itulah yang dimuatkan dalam cadangan buku.
Penerbit buku kemudian akan memikirkan moleknya buku karangan anda diterbitkan oleh syarikat atau organisasinya.
Penerbit buku biasanya selesa dengan penerbitan buku pengarang ternama. Namun, akan tiba masanya penerbit buku mahu menerbitkan buku pengarang baru. Inilah peluang anda. Jadi, bersedialah untuk menempa nama di pasaran buku.
Terdapat individu, pihak, dan organisasi tertentu mengambil upah untuk menyiapkan cadangan buku bagi pihak pengarang buku. Peranan mereka penting dan molek dihargai. Perkhidmatan mereka ialah dengan kos sewajarnya. Sebagai pengarang baru anda boleh mengikat janji bahawa khidmat dibayar dari hasil jualan buku kelak.
Mereka akan membuat perancangan teliti, mengarang cadangan buku bagi pihak anda supaya penerbit sanggup menerbitkannya.
Jika bukan mereka, maka hadirilah ceramah pakar, dan anda akan diberitahu bagaimana menyiapkan cadangan buku. Biasanya pihak penerbit sudahpun ada garis panduan, dan anda isikanlah maklumat perihal buku karangan anda mengikut garis panduan itu.
Jualan buku karangan anda ialah jualan kepada penerbit buku melalui cadangan buku.
Penerbit buku faham akan kebarangkalian sesebuah buku akan laris jualannya di pasaran. Sebaiknya anda juga tahu dan faham yang demikian itu.
Namun jika cadangan buku anda ditolak, temuilah lain-lain penerbit buku. Pastikan anda temui penerbit buku yang dapat menerima buku cadangan anda.
Biasanya garis panduan memuatkan keperluan butiran berikut:
01. Anda sebagai pengarang buku ini.
02. Keistimewaan buku bakal anda karangi.
03. Kandungan buku bakal anda karangi dan penjelasan bab.
04. Sampel satu bab buku bakal anda karangi.
05. Buku seumpama di pasaran.
06. Pesaing buku, pengarang, dan penerbit.
07. Kegiatan promosi buku bakal anda karangi.
Anda boleh jawab semua itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.