Pages

Subscribe:

18 Disember, 2010

[hang nadim]Kerajaan pantau ajaran Syiah....


Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH dan LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
pengarang@utusan.com,.my

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kerajaan akan terus memantau dan menyekat aktiviti ajaran Syiah daripada terus disebarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, konsep ajaran Syiah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana fahaman yang mereka anuti sangat berbahaya kepada masyarakat.

Menurutnya, jika fahaman itu terus dibiarkan berkembang tanpa disekat dikhuatiri akan menyebabkan masyarakat kita berpecah belah dan wujud pertelingkahan sesama orang Islam.

"Konsep yang diamalkan oleh pengikut Syiah dan Ahli Sunah Wal Jamaah sebenarnya adalah sama, tetapi pegangan pengikut Syiah yang terlampau ekstrem menyebabkan ajaran itu tidak sesuai diamalkan di sini.

"Pengikut Syiah yang hanya menganggap fahaman mereka sahaja betul dan menidakkan amalan mazhab lain punca utama yang akan menyebabkan kekacauan berlaku dalam umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas satu markas ajaran Syiah tegar yang dikesan bergerak aktif dalam negara sejak akhir-akhir ini.

Dalam serbuan itu, JAIS telah menahan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran Syiah itu di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor semalam.

Tambah Jamil Khir, buat masa ini kerajaan masih belum dapat memastikan betapa seriusnya penyebaran ajaran Syiah di negara ini tetapi satu langkah pemantauan telah diambil untuk memastikan ajaran itu tidak terus disebarkan.

"Kita masih tidak dapat pastikan tahap seriusnya ajaran itu tetapi kita akan menghentikan secepat mungkin sebelum ia menjadi semakin menular di kalangan umat Islam," ujarnya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid berkata, orang ramai perlu mengelakkan diri daripada mengikuti ajaran Syiah kerana ia bertentangan dengan ajaran mazhab yang dipegang oleh majoriti umat Islam di Malaysia.

"Dari dahulu negara kita berpegang kepada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah dan sesetengah ajaran yang diamalkan oleh pengikut Syiah sangat bertentangan dengan kita.

"Contohnya setiap 10 Muharam pengikut Syiah akan meraikannya dengan mencederakan diri sendiri sampai ada yang mati semata-mata untuk mendapat mati syahid dan jelas ini bertentangan dengan syariat Islam," jelasnya.

Tindakan tegas terhadap pensyarah, penuntut terlibat ajaran Syiah
18/12/2010 3:59pm

JOHOR BAHRU 18 Dis. - Pentadbir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pensyarah atau penuntut yang terlibat dalam ajaran Syiah, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, fahaman Syiah bercanggah dengan ajaran Islam di negara ini.

Katanya, kerajaan bimbang dengan penglibatan para pensyarah kerana perawakan mereka boleh membantu mengumpul ramai penyokong fahaman itu.

"Saya mahu pihak pentadbir universiti menumpukan kepada pensyarah kerana mereka mampu mempengaruhi orang lain terutamanya pelajar bagi menyekat ajaran ini daripada berleluasa," katanya di sini hari ini.

Mohamed Khaled diminta mengulas penahanan 200 pengikut Syiah di Selangor termasuk pensyarah dan penuntut institusi pendidikan tinggi Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan. - Bernama

JAIS pantau dua lagi kumpulan Syiah

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Selepas menyerbu kegiatan satu ajaran sesat Syiah tegar di Batu Caves kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau dua lagi kumpulan ajaran berkenaan di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat sebelum tindakan dapat diambil.

"Kita percaya ada lagi kumpulan ajaran sesat itu khususnya di Selangor. JAIS juga menyiasat di negeri-negeri lain seperti Kedah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai kumpulan ajaran sesat Syiah yang ditumpaskan itu, menurutnya, JAIS sedang mengesan pengikutnya di negeri-negeri lain.

"Situasi itu amat membimbangkan kita memandangkan kegiatan ajaran sesat tersebut turut berlaku di beberapa negeri lain.

"Pelbagai tindakan akan dilakukan bagi menyekat kegiatan ajaran sesat tersebut daripada terus berkembang," katanya.

Katanya, kumpulan yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu merupakan kumpulan pertama ditahan oleh JAIS.

"Bagaimanapun dikhuatiri masih ramai lagi pengikutnya bergiat aktif menyebarkan ajaran itu. Ada juga daripada mereka merupakan warga asing iaitu Myanmar dan Indonesia.

"Mereka pada mulanya terdiri daripada jumlah pengikut yang kecil dan berkembang sehingga membentuk pelbagai kumpulan dari pelbagai negeri," ujarnya lagi.

Muhammed Khusrin memberitahu, kumpulan itu juga mempunyai kaitan dengan ajaran sesat dari luar negara.

"Ini berdasarkan penahanan seorang lelaki warga Iran yang menyampaikan khutbah kepada kumpulan tersebut," katanya lagi.

Mengulas perkembangan siasatan kes itu, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat pemilik premis yang dijadikan lokasi bagi kegiatan kumpulan tersebut.

"Semakan akan dibuat di pejabat tanah dan Majlis Perbandaran Selayang bagi menyiasat status tanah dan bangunan tersebut," ujarnya lagi.

Tambahnya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pasukan polis sekiranya terdapat kes jenayah yang membabitkan kumpulan tersebut.

Kelmarin, kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara ditumpaskan berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu, dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh

Fikir dan Insaf

Highest Rated Comments
ini bukan pasal tgkap ke ape.tapi,syiah lah yg menyelewengkn fakta.

ade banyak bukti SEBENARNYA syiah yg BUNUH ali & husein

*Ahlul Bait iaitu Fatimah as-Sughra tidak mempercayai golongan yang mendakwa pengikutnya iaitu Syi’ah dengan mengatakan mereka adalah golongan pembelot dan pembunuh keluarganya.

* Syi’ah adalah pembunuh Ahlul Bait berdasarkan pengakuan Ahlul Bait sendiri di dalam kitab-kitab Syi’ah sendiri.

(Rujukan: Ahmad bin Ali bin Abi Talib at-Thabarsi al-Ihtijaj jil. 2 hal. 302, 303)

cawangan bakal pengikut dajjal dah ramai kat malaysia ni eks..

capiloton 1 hour ago @TheChark88 bertambah dikesalkan lagi apabila kelemahan Jabatan2 ini mencegah masalah2 sosial ini yg semakin teruk, malah cuba menyekat tokoh2 agama,bekas mufti untuk berdakwah. Amat dikhuatiri ini perancangan jahat musuh2 Islam yang menyerang pengikut2nya tanpa mengira mazhab atau negara. Lebih memalukan,Malaysia memiliki sebesar2 kilang arak di Shah Alam malah berniat untuk menyuburkan lagi industri tersebut di bajet negara

yusibrahim 3 hours ago takder lah..kenapa kite nk Syiah.. kenepa nk bangga2 Saidina Ali...mmg takde masalah..boleh sembahyang skali semua... aku cuma bgth..bende nie boleh memecahkan Melayu yg dah berpecah kat Msia...

assa6699 3 hours ago andai kata suatu hari nanti jika Barat berjaya menjatuhkan Syiah, dan Mazhab Syafie pula yang bangkit melawan Zionis dan konco2nya, adakah Mazhab Syafie inikah juga akan dilabel sesat dan 1001 alasan akan dicari untuk menjatuhkan n mengkafirkan kaum Muslimin ini? kita sebagai masyarakat ahli sunnah perlu belajar dan sedar dari pengalaman2 pengikut syiah ini bagaimana mereka di asak jika hendak membebaskan Masjidil Aqsa dari kencaman musuh2 Allah.

yusibrahim 3 hours ago Adegan paling menarik dlm video ni.. "kami bukan mat rempt".. Tapi apa kaitan JAIS dgn mat rempit..? Hehehe..

abuaqif 3 hours ago 9. Akhir sekali berbagai subjek anti-Marjaiyah (anti ulama syiah) harus disusun untuk syiah dan sunni, lalu disebarkan kepada masyarakat secara meluas. Biarkan, maklumat jahat itu akan beredar sendirinya sebagai contoh di alam maya. Marjaiyah (kepimpinan ulama) yang merupakan pusat kekuatan Syiah, dengan itu akan dimusnahkan. Akibatnya, para pengikut syiah akan bertebaran tanpa arah, menjadi seperti saudara mereka sunni lalu mudah untuk CIA menghancurkan mereka.

yusibrahim 3 hours ago 8. Kerja perisikan CIA akan bertugas untuk mengucurkan dana besar bagi membaja dan mempropagandakan informasi palsu. Misalnya akan ada laman tertentu memburukkan Ayatullah Ali Khamenei.

yusibrahim 3 hours ago 7. Apabila kesatuan mereka sudah genting, sediakanlah gunting iaitu sedikit daya ketenteraan dan perisikan.

yusibrahim 3 hours ago 6. Untuk itu, CIA perlu disediakan dana besar, supaya dapat membiayai penceramah baik dari sunni mahupun syiah yang dapat menistakan praktik azadari. Ini supaya mazhab syiah yang logika menjadi sumber keempatnya selepas al-Quran, hadis dan sunnah ahlul bait dapat ditampilkan sebagai suatu mazhab yang sebenarnya tidak logis, palsu dan mengelirukan. Hal ini akan menjelmakan perpecahan di antara mereka dengan sendirinya.

yusibrahim 3 hours ago 5. CIA harus membesar-besarkan keburukan aksi azadari sehingga muncul kesan bahwa orang syiah ini adalah kelompok manusia bongok, penuh khurafat, tahyul-sesat di mana pada bulan Muharram melakukan hal-hal yang mengganggu orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.