Pages

Subscribe:

15 April, 2010

[hang nadim] Setiap hari lelaki Malaysia kahwin wanita Indonesia dari Sumatera

MEDAN 15 April - Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu Bernama, bahawa pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.

Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri asal masing-masing, kata Ismail.

Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera.

Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka.

Ismail berkata, pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.

"Ramai calon isteri mereka merupakan janda yang sudah beranak dan wanita-wanita ini berkahwin kerana faktor jaminan hidup di Malaysia," katanya.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Sumatera atas permintaan pengantin perempuan untuk restu daripada wali, dan selepas berkahwin, isteri mereka dibawa pulang ke Malaysia.

Mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun, isteri berkenaan layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak-anak pasangan itu automatik menjadi warga negara Malaysia.

Apa yang menyedihkan, kata Ismail, ialah ada rakyat Malaysia sanggup menceraikan isteri warga negara Malaysia mereka untuk menikahi isteri warga negara asing.

"Ada juga lelaki Malaysia berkahwin kali kedua kerana telah kematian isteri pertama," katanya.

Perkahwinan rakyat Malaysia bukan Islam dengan wanita Indonesia di Sumatera sangat kurang.

Sebagai contoh, pada Mac, hanya ada dua pasangan bukan Islam berkahwin.

Bagi bukan Islam, mereka perlu mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk berkahwin di luar negara. - BERNAMA

Nasihat Tengku Abdullah kepada pasangan suami isteri




TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah diberi penerangan oleh Dr. Mohamad Faizal Saukani tentang keadaan mangsa simbahan asid, Zarina Wahab di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 15 April - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati suami isteri supaya tidak bertindak ganas sehingga sanggup mencederakan pasangan masing-masing ketika bersengketa.

Baginda bertitah, tindakan mencederakan pasangan masing-masing hanya akan menganiaya mangsa dan merupakan perbuatan yang sia-sia.

''Suami isteri tidak seharusnya bertindak zalim kepada pasangan hanya kerana perasaan marah yang disimpan bertahun-tahun.

''Tindakan mencederakan pasangan seperti kes seorang isteri menjadi mangsa simbahan asid suami sendiri baru-baru ini tidak seharusnya berlaku," titah baginda selepas mengunjungi mangsa simbah asid, Zarina Wahab, 44, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang peneroka yang berang selepas isterinya menolak untuk melakukan hubungan seks, bertindak menyimbah cuka getah ke muka dan tubuh isterinya itu.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, lelaki berusia 47 tahun tersebut dikatakan baru sahaja pulang ke rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini selepas dipercayai keluar bermain judi.

Berikutan insiden itu, suaminya, Supian Hani Ismail, 47, dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini selepas lima hari kejadian tersebut.

Titah Tengku Abdullah, tindakan sedemikian bukan sahaja menganiaya mangsa, malah anak-anak turut merasai kesannya sehingga mengganggu perkembangan mereka.

''Seperti kes yang menimpa Zarina, bukan sahaja dia terpaksa menanggung kesan kecederaannya sepanjang hayat tetapi suaminya juga terpaksa menerima hukuman iaitu dipenjarakan.

''Suami yang meringkuk dalam penjara akan menambahkan beban kepada keluarga tersebut kerana anak-anak terpaksa membesar tanpa belaian daripada seorang yang bergelar ayah," titah baginda.

Tengku Abdullah berharap kejadian seumpama itu tidak berulang dan akan menjadi iktibar kepada semua pihak.

Panahan cinta wanita Sumatera


PASANGAN lelaki Malaysia dan wanita Indonesia pada majlis perkahwinan mereka. - Gambar hiasan



MEDAN - Secara purata seorang lelaki rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka dijadikan isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu, pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari (29 pasangan) dan Mac sebanyak 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.

Ahadiat ugut cerai - Bekas isteri
Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my



SHAHILAH bekas isteri Ahadiat (gambar kecil) hadir perbicaraan mengubah tuntutan nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Bekas isteri kedua Ahadiat Akashah mendakwa dirinya diugut dan dipaksa novelis terkenal itu untuk bercerai dengan menandatangani surat perjanjian sekiranya tidak mahu ditinggalkan ketika memberikan keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.

Shahilah Mat Nazir, 38, turut menuduh bekas suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan Norhayati Mohd. Fauzi sebelum mereka bercerai pada 12 April 2000.

Norhayati berkahwin dengan Ahadiat pada 13 Ogos 2000.

Selain itu, Shahilah juga mengaku dipaksa menandatangani satu surat yang memberi kebenaran kepada Ahadiat untuk tidak membayar ansuran rumah berjumlah RM600 sejak 2005.

Shahilah selaku defendan memberi keterangan dalam permohonan yang difailkan Ahadiat untuk mengubah perintah nafkah anak, Aishah Akashah, 13, sebanyak RM300 seperti yang diperintah mahkamah selepas sah bercerai pada 12 April 2000.

ARKIB : 15/04/2010
Suami rayu isteri, empat anak pulang



Naim Din menunjukkan surat laporan polis bagi membantu mengesan isteri dan anak-anaknya di pejabat Utusan Melayu Ipoh, semalam.

IPOH 14 April - Seorang pemandu lori merayu isterinya yang keluar rumah bersama empat anaknya pada 16 Februari lalu agar pulang segera ke pangkuannya. Naim Din, 43, dari Pasir Putih berkata, dia amat bimbangkan keselamatan isterinya, Laili Rozita Mohd. Nazri, 40, dan anak-anaknya yang berumur antara empat hingga 17 tahun itu.

''Puas saya cari mereka termasuk di rumah saudara dan mentua, tapi saya diberitahu mereka tiada," katanya di sini hari ini.

Menurut lelaki itu, Laili Rozita keluar rumah pada 16 Februari lalu dengan membawa empat anak perempuan mereka selepas berlaku sedikit perselisihan faham.

Katanya, anak sulung mereka, Mohd. Nor Tuah, 19, dan anak kelima, Mohd. Al-Amin, 6, masih di bawah jagaannya.

Kata Naim, dia telah membuat dua laporan di Balai Polis Pasir Putih pada 5 Mac dan 9 April lalu bagi membantu mengesan isteri dan anak-anaknya setelah pencarian yang dilakukannya sendiri gagal.

''Hati saya jadi tak keruan memikirkan perkara ini kerana dia adalah isteri saya dan yang dia bawa itu adalah anak-anak saya.

''Mohd. Al-Amin juga sering bertanya di mana ibu dan adik-beradik dia yang lain. Saya rayu mereka pulanglah," ujarnya.

Dalam masa sama, dia berharap sesiapa yang mengenali isteri dan anak-anaknya itu agar dapat menghubunginya di talian 019-4244025.

14 April, 2010

[hang nadim] Derita seorang Warga emas...Bantulah dia.....


ALANG Halimah Amban yang cacat penglihatan dan pendengaran tidak dapat menahan kesedihan setelah rumahnya rosak teruk dalam kejadian ribut petir di Kampung Ara Payung, Batu Gajah,kelmarin.

Rumah nenek buta, pekak antara 40 kediaman dilanda ribut

BATU GAJAH 14 April - Seorang wanita warga emas yang cacat penglihatan dan pendengaran, hanya mampu duduk di atas kerusi dan berdoa meminta perlindungan Allah SWT ketika rumahnya dilanda ribut di Kampung Ara Payung di sini, semalam.

Kejadian antara pukul 6 hingga 7 petang itu memusnahkan bahagian dapur dan bilik rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diduduki Alang Halimah Amban, 60, dan anaknya, Ruslee Razali, 33.

Halimah ketika ditemui, mengeluh mengenai nasib yang menimpanya.

"Tiada apa-apa boleh dibuat lagi, air mata pun sudah tidak ada hendak menangis. Sudahlah hidup susah, anak pun tiada kerja tetap. Kini, rumah PPRT yang diberi pun rosak," katanya sedih.

Sementara itu, Ruslee berkata, semasa kejadian, dia sedang bermain sepak takraw di sebuah kawasan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Tiba-tiba ada orang datang beritahu bumbung rumah saya runtuh dan dengan kelam-kabut saya berlari pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatan ibu.

"Apabila sampai di rumah, saya nampak ibu duduk atas kerusi sambil menadah tangan dalam keadaan terketar-ketar. Sebahagian besar atap dan kerangka bumbung pula runtuh," katanya.

Menurut Ruslee, ibunya tidak menyedari kejadian tersebut kerana tidak dapat melihat dan mendengar.

"Ibu saya tidak boleh melihat tetapi dia tahu ada ribut kerana merasai gegaran apabila bumbung rumah runtuh," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Ara Payung, Anuar Yahaya, 49, berkata, isterinya, Jamilah Mohd. Amin, 47, nyaris maut apabila kerangka bumbung rumahnya runtuh akibat ribut.

Namun katanya, mujur kerangka yang runtuh itu hanya mengenai tangan isterinya.

"Saya sedang menunaikan solat Asar dan pada masa itu, saya sudah dengar pelbagai bunyi tetapi saya meneruskan solat sehingga habis.

"Tiba-tiba, isteri saya menjerit meminta tolong dan saya terus berlari dan mendapati kerangka bumbung dan empat keping siling rumah sudah jatuh," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd. Kasim dan Ketua Wanitanya, Datuk Hamidah Osman turut melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, kira-kira 40 buah rumah termasuk 35 daripadanya di Kampung Ara Payung rosak akibat ribut itu.



Nukilan hang nadim:
Untuk Adik ku...... Alang Halimah

SATU PENITIAN TAKDIR

Dipenghujung hidup ini
Derita ku lalui.....
Lurah dalam telah ku turuni
Duri onak ku rentasi
Ku daki puncak yang tinggi
Gelombang samudera ku harung
Pernah aku menongkah arus yang deras
Pernah aku hidup dalam gersang kemarau
Pernah aku hidup dalam lautan mewah
Pernah aku hidup dalam sinar yang terang
Pernah aku dengar kicauan burung..
Pernah aku dengar azan berkumandang....
Kini.....
Kegelapan dan sepi dalam hidup
Tiada cahaya tiada mentari dalam hidup
Malam siang sama melabuh kegelapan
Tiada kicauan yang merdu..
Aku tetap redho dengan kehendak mu...
Ku mohon ampun jika ada dosa yang lalu
Ku Pohon Iman hingga Akhir hayat
Nyala kan obor sinar kebahagian
Biar ku nyatakan hidup ku
Walau Derita Tiada ku kesali
Al hamdulillah...........

[hang Mohd. Isa, Bibi 'berbulan madu' di Hulu Selangornadim]

HANG NADIM UCAP :SELAMAT PENGANTIN BARU DATUK...SEMOGA BAHAGIA SEPANJANG HAYAT






Ali Rustam turut hadir pada majlis pernikahan Isa Samad dengan Bibi Sharliza di Gentam dekat Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 14 April - "Saya bersama isteri akan berbulan madu di Hulu Selangor bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil di kawasan itu."

Itu kenyataan pertama yang terbit daripada mulut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 61, sebaik sahaja diajukan soalan berhubung perkahwinannya dengan bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid, 40, di Gentam dekat sini hari ini.

Mohd. Isa berkata, dia bersyukur dan gembira kerana majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan berjalan lancar.

"Buat masa ini, saya belum fikir lagi untuk membuat majlis besar-besaran. Tetapi apa yang pasti saya bersama isteri akan 'berbulan madu' di Hulu Selangor.

"Ini kerana ia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu BN dalam memenangi pilihan raya kecil itu," jelasnya.

Mohd. Isa yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan telah menduda sejak 2005, selamat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd. Khalid Sulaiman, 65, pada pukul 3.30 petang dengan mas kahwin sebanyak RM100.

Hanya dengan sekali lafaz, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu kini sah bergelar suami kepada Bibi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi sambil disaksikan oleh lebih 200 tetamu termasuk ahli keluarga terdekat.

Turut sama menyaksikan majlis akad nikah itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sementara itu, Bibi yang mengenakan busana berwarna jingga memberitahu, keluarga suaminya telah mengunjungi keluarganya kira-kira 10 hari lalu bagi menyatakan hasrat untuk memperisterikan beliau.

"Sebagai wanita, saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk diri saya dan saya menerimanya sebagai suami," jelasnyai.

Mohd. Isa dilahirkan pada 14 November 1949 di Sungai Udang, Melaka dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Puan Sri Hazizah Tumin yang meninggal dunia pada 7 Disember 2005 akibat penyakit kanser.

Sementara itu, Bibi dilahirkan pada 20 November 1970, mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Beliau memulakan karier politik sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri dan Ketua Penerangan Puteri UMNO dari tahun 2000 hingga 2003.

[hang nadim]Malaysia proposes UN convention on nuclear security









Malaysia can withstand the tide of all forms of extremism and radicalism - Najib

WASHINGTON April 14 — Malaysia can withstand the tide of all forms of extremism and radicalism with good governance, transparency, a vibrant democracy, the empowerment of its citizen through education and economic growth with equity, Datuk Seri Najib Tun Razak said Tuesday night.

"We can face the challenges of preserving our hard-won independence and sovereignty,” the prime minister said.

"We are One family. Malaysia is our home. We are 1Malaysia, where the people are given priority and performance is emphasisd. The thrust of 1Malaysia is People First, Performance Now,” he said at the “Faces of 1Malaysia” gala dinner at the Mandarin Oriental here, which was also attended by United States policy makers. Najib said Malaysia had also demonstrated that a Muslim country could be democractic, united, progressive, tolerant and economically competitive.

The gala dinner was the second segment of the inaugural “Faces of 1Malaysia"

cultural and handicraft festival being held in Washington in a move to provide the American people the opportunity to appreciate the harmony of talents of Malaysia”s diverse community and its rich culture and arts.

The first segment was held over the weekend at the National Geographic Society Building here.

The festival was organised by the Information Communication and Culture Ministry, its agencies, including the National Culture and Arts Department (JKKN), Istana Budaya, Akademi Seni Budaya and Warisan Kebangsaan and Kraftangan Malaysia, and also Tourism Malaysia, Sutra Dance Theatre and Permata Seni Muzik.

— BERNAMA

15/04/2010

Malaysia proposes UN convention on nuclear security
WASHINGTON April 14 — Stepping up its role as a responsible global citizen, Malaysia on Tuesday pledged its support for a nuclear weapon free world and proposed the establishment of a United Nations convention on nuclear security.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak told a gathering of leaders from 47 countries, including host United States, attending the historic Nuclear Security Summit that in addressing the threat of nuclear terrorism, the underlying causes of terrorism too must be looked at.

"In this regard, we believe that moving the Middle East peace process forward and managing the failed states are also important,” he said.

Underlining that nuclear energy should only be deployed for peaceful use, Najib urged all countries to exercise full transparency in their nuclear programmes and to adhere to International Atomic Energy Agency (IAEA) and Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT) provisions.

"In our capacity as the current chairman of the IAEA Board of Governors, Malaysia will do its utmost to ensure that those principles are respected and promoted,” he stressed.

US President Barack Obama convened the summit to seek global support to rein in loose nuclear materials within four years to keep them beyond the reach of terrorist groups.

Najib called on the international community to strengthen the capacity of individual countries to maintain effective control and undertake pre-emptive actions to ensure nuclear security.

This would include cooperation in capacity building, timely exchange and sharing of information, high quality intelligences and adoption of best practices.

The gathering got a quick brief from Najib of Malaysia”s Strategic Trade Bill, passed recently to enforce control over the export, transit and brokering of arms and related material which may be used to develop nuclear weapon and weapons of mass destruction.

Najib said violators would be severely punished and Malaysa was ready to share its experience in crafting the legislation with other countries.

In a media conference with Malaysian journalists after the two-day summit, Najib said although Malaysia did not have any dangerous nuclear material, it could be used as a route by third countries.

If nuclear material fell into the hands of terrorists, both within and outside the country, Malaysia”s interest would also be affected due to the impact on the world economy.

The Middle East situation must also be addressed in the disarmament efforts, said Najib.

"If you can eliminate legitimate grievances, then you reduce potential terrorists and this has connection to the Middle East process, it is still key to our efforts to eliminate terrorism,” he said.

On his proposal for a UN convention on nuclear security, Najib said it would legally mandate and strengthen the IAEA to promote and ensure nuclear security universally as the existing IAEA terms of reference only mentioned nuclear safety but not nuclear security.

The prime minister said that with the expansion of the use of nuclear power to meet low carbon emissions to fight global warming, it was very important for the world to cooperate so that nuclear material did not fall into the hands of terrorists.

He said the summit made several resolutions for countries to adopt best practices in the control of nuclear material and information on processing nuclear materia to further tighten and reduce opportunities for nuclear material to fall into the hands of inappropriate parties.

The countries attending the summit also agreed to increase contributions to the IAEA fund so that it could play a more effective role in terms of technical assistance and verification.

Details on the increase were being worked out and there was a possibility that countries which did not attend the summit would also contribute.

Najib said Obama”s vision of a world without nuclear weapons was supported by all countries at the summit.

Although the mission would take a long time, the first step had been taken with the signing of an agreement between the US and Russia last week to reduce their respective nuclear weapons stockpiles.

— BERNAMA

13 April, 2010

[hang nadim] Selamat Hari Vesakhi




Bersama raikan Tahun Baru Hindu, Hari Vesakhi
KUALA LUMPUR 13 April – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia dengan berbekalkan semangat 1Malaysia merebut peluang untuk bersama-sama merayakan Tahun Baru Hindu dan Hari Vesakhi. Perdana Menteri memberitahu, selama dua hari bermula esok masyarakat India beragama Hindu akan merayakan tahun baru mereka.

“Menjadi amalan kita sebagai rakyat Malaysia, perayaan-perayaan seperti ini adalah waktu untuk kita lebih mengenali dan memahami antara satu sama lain.

“Semakin banyak kita mengetahui tentang satu sama lain, semakin kita menghargai kekayaan dan keutuhan nilai-nilai budaya kita,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan hari istimewa itu yang disiarkan dalam blognya di www.1Malaysia.com.my.

Perayaan yang dikenali dengan pelbagai nama di mana kepada masyarakat Tamil, ia dikenali sebagai Puthandu, manakala kepada masyarakat Malayalee ia dikenal dengan nama Vishu.

Masyarakat Sikh Malaysia pula akan merayakan Hari Vesakhi untuk memperingati kelahiran Khalsa yang merupakan hari terpenting kepada masyarakat Sikh di seluruh dunia.

Najib menegaskan, walaupun pelbagai rupa dan bentuknya, persamaan nilai yang menjadi teras kepada kepelbagaian budaya memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai banyak persamaan.

‘‘Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua masyarakat Hindu dan kepada masyarakat Sikh, Selamat Hari Vesakhi dan mendoakan agar anda semua akan dapat merayakan hari yang bertuah ini bersama-sama keluarga serta sahabat handai,’’ katanya.

Perdana Menteri juga berharap rakyat Malaysia akan beramai-ramai menyertai beliau bersama-sama masyarakat Sikh di Perayaan Rumah Terbuka Vesakhi 1Malaysia yang akan diadakan pada 23 April, di Ipoh nanti.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Vaisakhi
ਵਸਾਖੀ
Juga dinamakan Vasakhi, Baisakhi
Diraikan oleh Penganut agama Sikh seluruh dunia
Jenis Kegamaan
Keutamaan Kelahiran Khalsa, dan musim menuai baru
Tarikh 1 Vaisakh (atau 14 April dalam kalendar Gregory; dahulunya 13 April)
Perayaan Pesta
Amalan Sembahyang, perarakan, mengibar bendera Nishan Sahib
Vaisakhi (bahasa Panjabi: ਵਸਾਖੀ, vaisākhī, juga dikenali sebagai Baisakhi) ialah salah satu pesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh[1]. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory.

Vaisakhi merupakan salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699;inilah Tahun Baru Sikh,sebenarnya. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal Barat, Kerala, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab. Di Himachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi, sementara di Bihar, dewa matahari Surya diberi penghormatan.[2] Perayaan ini disambut sebagai Rongali Bihu di Assam, Naba Barsha di Bengal, Puthandu di Tamil Nadu, Vishu (atau Vaishakhi) di Kerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil di Sri Lanka. Selain Punjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di beberapa negeri lain di utara India, termasuk Haryana, Himachal Pradesh dan Uttaranchal.

Vaisakhi dalam agama Sikh - Panj Piare
Guru Gobind Singh, guru Sikh Kesepuluh mengasas Khalsa (Hamba-hamba Tuhan) pada perhimpunan Vaisakhi tahun 1699, di Keshgarh Sahib berhampiran Anandpur, di mana beliau bersedia untuk para pengikut berjumpa dengan beliau di Pesta Vasakhi di Anandpur. Pada hari itu Guru Gobind Singh meminta seorang lelaki dalam jemaah yang sanggup mengorbankan nyawa diri demi perjuangannya tampil ke hadapan. Lelaki itu bernama Daya Singh, dan dia mengikut Guru ke dalam khemah beliau. Sewaktu Guru keluar dari khemah, pedang beliau diwarnai darah; maka beliau meminta seorang lagi. Seorang demi seorang Dharam Singh, Himmat Singh, dan Sahib Singh ctampil ke hadapan. Seorang demi seorang mereka memasuki khemah Guru, dan Guru keluar sendiri dengan pedang berdarah. Para pengikut berasa gementar, sehingga kelima-lima lelaki itu keluar dari khemah, lalu dinamai Panj Piare atau lima orang tersayang.

Guru mencurahkan air ke dalam sebiji mangkuk untuk direnjiskan pada lima orang itu dalam upacara inisasi yang serba ringkas. Beliau membaca doa sambil mengacau air dengan sebilah pedang keluli yang pendek; melambangkan perlunya kekuatan. Isteri Guru, Mata Sundri, kemudian tampil ke hadapan lalu meletakkan beberapa hablur gula ke dalam air suci atau amrit sebagai peringatan bahawa kekuatan mesti diimbangi dengan kebaikan resmi. Setelah selesai upacara, barulah Guru merenjiskan amrit pada kelima-lima orang itu.

Guru mengisytiharkan lima orang pengikut itu sebagai ahli-ahli terawal sebuah masyarakat orang-orang setaraf yang lama, bergelar Khalsa atau "suci". "Tentera keramat" ini bertujuan membaktikan sepanjang umur mereka untuk membantu yang lain dan mengejar keadilan demi segala insan tanpa mengira agama. Panj Pyare itu diminta memakai lima lambang tersendiri identiti baru mereka, iaitu Lima K.

Sebagai langkah menghapuskan pembahagian sosial, nama keluarga Panj Pyare digugurkan oleh Guru, terutamanya kerana nama keluarga dikaitkan dengan kasta seseorang - kemudian Guru mengurniakan gelaran Singh (yang bermaksud "singa") kepada Panj Pyare (dan semua lelaki Sikh) sebagai peringatan perlunya keberanian. Pada masa yang sama, Guru mengurniakan gelaran "Kaur" ("puteri") pada semua perempuan Sikh untuk menekankan maruah dan kesetarafan sepenuhnya. Kemudian, Guru berlutut menghadap kelima-lima pengikut itu lalu meminta mereka menginisiasi beliau. Maka, Khalsa menjadi sebuah masyarakat di mana tuan dan pengikut adalah setaraf.

Bagi orang-orang Sikh, perayaan bermusim ini juga amat penting sebagai memperingati penubuhan Akal Khalsa (Tentera kepada Yang Abadi) di Anandpur Sahib. Akal Khalsa memainkan peranan penting dalam menentang pemerintahan Empayar Mughal. Berabad-abad kemudian, anak lelaki sulung kebanyakan keluarga Hindu di Punjab ditahbiskan sebagai Sikh agar membolehkan anak-anak itu berlatih dan menjadi pahlawan dan berjuang demi rakyat jelatan. Kanak-kanak lelaki lain pula menjaga keluarga, orang tua dan tanah.

[sunting] Sambutan
Bagi menyambut perayaan, para penganut berkumpul di gurdwara atau tempat ibadah Sikh. Sambutan bermula awal apabila penganut, yang membawa bunga dan persembahan pergi ke gurdwara sebelum subuh. Perarakan sekitar bandar juga satu kebiasaan Vaisakhi merupakan hari kelahiran Khalsa (Orang-orang Suci) dan para penganut Sikh diberi identiti yang jelas tatalaku untuk diikuti.

Lihat juga
Pesta menuai
[sunting] Rujukan
↑ "Sikhism holy days: Vaisakhi". BBC. http://www.bbc.co.uk/religion/religions/sikhism/holydays/vaisakhi.shtml. Retrieved 2007-07-08.
↑ "hinduism info". BBC. http://www.bbc.co.uk/religion/religions/hinduism/. Retrieved 2008-02-12.
[sunting] Pautan luar
Baisakhi
Vaisakhi - History on SikhismGuide.org
Baisakhi Resource - Established on the tercentenary, the definitive guide on religious significance of Vaisakhi.
Video on Baisakhi - Detailed video on the Vaisakhi Day and Saakhis of Guru Gobind Singh Ji.
Vaisakhi Festival Birmingham 2007 - Photographs of the largest Vaisakhi Open Air Celebration outside India, attracting over 65,000 people.
Topik-topik Sikhisme
Guru: Guru Nanak | Guru Angad | Guru Amar Das | Guru Ram Das | Guru Arjun | Guru Har Gobind | Guru Har Rai | Guru Har Krishan | Guru Teg Bahadur | Guru Gobind Singh | Guru Granth Sahib | Bhagat Sikhisme
Falsafah: Kepercayaan dan prinsip | Nilai | Larangan | Teknik dan kaedah | Amalan yang lain
Amalan: Ardās | Amrit Sanskar | Chaṛdī Kalā | Dasvand | Lima K | Kirat Karō | Kirtan | Langar | Nām Japō | Simran | Tiga Tunggak Sikhisme | Vaṇḍ Chakkō
Kitab: Guru Granth Sahib | Adi Granth | Dasam Granth | Sarbloh Granth | Bani | Chaupai | Jaap Sahib | Japji Sahib | Mool Mantar | Rehras | Sukhmani | Tav-Prasad Savaiye
Lebih: Sejarah | Ek Onkar | Gurdwara | Harmandir Sahib | Sejarah | Khalsa | Khanda | Kesusasteraan | Muzik | Nama | Tempat | Politik | Satguru | Kategori: Orang Sikh | Waheguru | Bhagat Farid | Bhagat Kabir | Sejarah Punjab | Sardar | Takhat

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Vaisakhi"
Kategori: Agama Sikh | Perayaan

[hang nadim]Obama iktiraf Malaysia rakan dagang strategik

WASHINGTON 13 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Presiden Barack Obama mengiktiraf Malaysia sebagai rakan dagang yang strategik dan hubungan itu perlu dipertingkatkan selaras dengan anjakan baru dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, antara usaha yang sedang dilakukan oleh Malaysia ialah menarik lebih banyak pelaburan dari AS dan baru-baru ini Coca Cola sebagai contoh, telah bersetuju melabur RM1 bilion.

‘‘Amerika adalah sumber besar bukan sahaja kepada pasaran eskport barangan Malaysia tetapi juga sumber teknologi baru, ICT, bioteknologi, pengurusan dana dan pelaburan modal,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam tadi selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama.

Najib adalah antara sembilan pemimpin dunia yang menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini, mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama di luar sidang itu. Selain Obama sebagai tuan rumah, 46 lagi ketua kerajaan atau negara menghadiri sidang tersebut.

Pada masa ini Malaysia merupakan rakan dagang ke-18 terbesar kepada AS dengan nilaian perdagangan barangan dua hala yang dicatatkan tahun lepas sebanyak AS$38 bilion.

Selain itu, kata Najib, Malaysia perlu menerokai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi dan pelancongan dengan Amerika.

Selain memberi ruang kepada pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran, kerjasama dua hala juga boleh dipertingkatkan bagi memajukan institusi pengajian tinggi di Malaysia, tambahnya.

Perdana Menteri menjelaskan usaha yang lebih gigih perlu dibuat bagi menarik lebih ramai pelawat dari AS.

Pada mesyuarat dua hala berkenaan juga, Najib menjelaskan tentang objektif dan kenapa Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan kepada Obama yang berminat untuk mengetahuinya.

‘‘Walaupun Malaysia telah berjaya tetapi dasar dan pendekatan yang telah terbukti berkesan tidak bererti akan memberi kejayaan berterusan, jika tidak dilihat semula pakej yang ditawarkan bersesuaian dengan persekitaran baru bagi melonjak pendapatan negara.

‘‘Kita tidak mahu tersekat sebagai negara berpendapatan pertengahan tetapi mahu menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Obama, jelas Najib, menyatakan beliau berpuas hati dengan hubungan dua hala kedua-dua negara dan turut melihat perkembangan yang sangat positif dalam banyak bidang berlaku di Malaysia mutakhir ini.

Perdana Menteri juga mengambil peluang mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, John Key dan antara permintaan New Zealand ialah mengharapkan penerbangan AirAsia diadakan menghubungkan kedua-dua negara.

‘‘Perbincangan akan diadakan (dengan pengurusan AirAsia) dan juga MAS berhubung hal tersebut,” katanya. – Utusan

AS yakin kita mampu – Najib

Oleh Othman Mohamad


Najib Tun Razak (dua dari kanan, di baris ketiga) bergambar bersama Barack Obama (depan, tengah) serta para pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2010 di Pusat Konvensyen Washington, semalam. – Bernama

WASHINGTON 13 April – Amerika Syarikat (AS) berkeyakinan Malaysia, dengan kedudukan dan pengaruh tersendiri dalam komuniti global, dapat memainkan peranan lebih besar ke arah menjadikan dunia lebih aman dan stabil termasuklah bebas daripada percambahan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran.

Harapan tinggi AS itu dinyatakan oleh Presiden Barack Obama kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat dua hala Malaysia-AS yang disifatkan Perdana Menteri telah melalui permulaan baru yang turut menjangkaui pelbagai bidang seperti ekonomi dan perdagangan, teknologi, pendidikan tinggi dan pelancongan.

‘‘Perkembangan ini satu pengiktirafan kepada kita dan menggambarkan Malaysia bukan setakat peringkat nasional tetapi sebuah negara komuniti global yang mana kedudukan, perhubungan dan pengaruh kita boleh membantu dunia menjadi lebih aman dan lebih stabil,” kata Najib kepada wartawan Malaysia di sini malam tadi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana meluluskan Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010 baru-baru ini, Obama menyifatkan ia tindakan awal dan amat bermakna yang diambil oleh Malaysia sebagai negara yang mementingkan keamanan sejagat, jelas Najib.

Katanya, melalui akta itu, yang bertujuan membanteras pengedaran apa juga bahan nuklear bagi mengeluarkan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran, bermakna tindakan penguatkuasaan dalam hal terbabit menjadi lebih berkesan.

Malah, kata beliau, jemputan Obama kepada Malaysia yang bukan pun negara nuklear, bersama-sama 46 lagi ketua kerajaan atau negara ke Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini menunjukkan keyakinan AS bahawa Malaysia boleh memainkan peranan mencegah percambahan senjata nuklear khususnya berhubung pembangunan tenaga nuklear oleh Iran.

Sidang kemuncak dua hari itu berakhir hari ini.

‘‘Presiden Obama sedar Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan Iran,” kata Najib sambil menegaskan beliau memberitahu Obama bahawa dasar Malaysia dalam hal itu jelas.

Menurutnya, Iran ada hak menggunakan kuasa nuklear untuk tujuan penjanaan elektrik atau kesejahteraan dan keamanan tetapi Malaysia tidak menyokong Iran memajukan senjata nuklearnya.

Oleh itu Perdana Menteri berharap Iran, yang tidak dijemput ke sidang kemuncak ini, dapat memenuhi tanggungjawab untuk bersama-sama masyarakat dunia agar tidak mengambil kesempatan meningkatkan keupayaan nuklearnya kerana boleh membawa kepada konfrontasi dan ketidakstabilan khususnya di Asia Barat dan dunia amnya.

Beliau menambah setiap negara berhak menggunakan tenaga nuklear untuk kesejahteraan dan keamanan seperti bagi menjana tenaga elektrik.

Perdana Menteri juga berkata, kesediaan Obama untuk mendengar dan berbincang dengan melibatkan negara Islam serta tidak mengambil pendekatan bermusuhan dengan dunia Islam merupakan suatu perubahan memberangsangkan.

‘‘Saya rasa perubahan oleh pentadbiran baru AS ini amat memberangsangkan dan saya harap ia bukan sekadar pada gaya dan pendekatan tetapi juga ada isinya.” jelasnya.

Pada pertemuan tersebut juga Obama menyentuh tentang kemungkinan membantu pemulihan semula Afghanistan dan Perdana Menteri menjelaskan Malaysia telahpun menghantar satu pasukan bagi mengenal pasti kaedah serta lokasi yang boleh menempatkan para pegawai bagi membantu negara tersebut.

Ia sebenarnya berdasarkan permintaan kerajaan Afghanistan dan berdasarkan laporan pasukan tersebut, secara prinsipnya terdapat tiga bidang yang boleh disumbangkan oleh Malaysia iaitu latihan, pembinaan semula dan perubatan, katanya.

Perdana Menteri mengakhiri pertemuan 40 minit itu, melebihi jadual asal 30 minit, dengan menjemput Obama melawat Malaysia pada masa yang sesuai.

Kali terakhir Presiden AS melawat Malaysia ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon Baines Johnson. Namanya turut diabadikan pada sebuah tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan - Felda LB Johnson.

Wednesday April 14, 2010
Obama brings up topic of New Economic Model with Najib
By LIM AI LEE
newsdesk@thestar.com.my

WASHINGTON: Malaysia’s New Economic Model (NEM) was one of the issues discussed during the bilateral meeting between Datuk Seri Najib Tun Razak and US President Barack Obama.

Obama, who raised the topic, wanted to know more about the NEM’s implementation.

The Prime Minister said he informed Obama of the Government’s goal of transforming Malaysia into a high-income economy and its liberalising policy.

“I explained that although Malaysia has been successful in its development approach in the past, it does not mean we will continue to be successful unless we look at a package that is more in tune with the new environment and can spur further development,” Najib said at a briefing for Malaysian journalists on Monday night.

Najib added that he brought up the example of Coca Cola investing RM1bil to illustrate how Malaysia had managed to convince huge American firms to invest in the country.

On his meeting with Obama that was held on the sidelines of the Nuclear Security Summit, Najib was optimistic it would pave the way for “a new beginning” that could lead to a broad, multi-faceted development.

“Economic and trade investment will be a key component of our bilateral ties as we move forward because the US is a big source, not only in terms of an export market for our manufacturing industry but also a source for new technology such as ICT and biotechnology.”

He pointed out that most fund managers and venture capitalists were US-based.

“There are thus a host of economic opportunities that we can leverage on if we have good bilateral ties with the US,” Najib said.

He also stressed on collaboration in terms of security, counter-terrorism and sharing of information under bilateral ties, saying:

“Equally important to us is making the world a safer place.”

Najib said he extended an invitation to Obama to visit Malaysia, adding that the last president to step into the country did so in 1966.

Apart from meeting Obama, Najib also attended a working lunch with US vice-president Joe Biden and later had a face-to-face meeting with New Zealand Prime Minister John Key.

12 April, 2010

[hang nadim] Cinta tak pandang keturunan.....(Gambar Cinta Lain Keturunan).



Cahaya Yang Menyuluh Jalan…“bila cahaya datang, kegelapan pun hilang”
CINTA ANTA ANTI
Oleh: Maszlee Malik

“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

“Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan “ukhuwah” yang bermakna “persaudaraan” seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70′an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan “ukhuwwah“.

Cinta Remaja Dakwah
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di”Islamik”kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah “Cinta Ukhuwwah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama “ana – anta dan ana – anti”.

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta “anta-anti” ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta “anta-anti” ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal’iyadhubillah…

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata “Ukhuwwah fillah kekal abadi..”.sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu “jemaah” dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu “jemaah” dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem “Love Story” yang pernah popular di tahun-tahun 70′an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema “ukhuwwah fillah” menjadi “camouflagde” ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan “ukhuwwah fillah” menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan “trend” percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70′an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop “kafir” dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan “Abuya“nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah “kawan”nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut “Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah.”

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap “sihat” atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Allahu Ta’ala a’lam… Sumber: http://dhanysarip.blogspot.com/2006/02/cinta-anta-anti.html





















[hang nadim]SAHABAT YANG PERNAH TEMUI



Satu) MEREKA YANG PERNAH HANG NADIM TEMUI
1.Wan Nor Harman
456 Taman Mahsuri Jitra Kedah
Email: wannorherman@dr.com

2.W.Mohd Rizairie Mohd Nor
Politeknik PTSS
Email: rizairie @yahoo.com

3.Ahmad Mustafa Kamal Razaly
Kolej Komuniti Segamat
Email: putera05affa@yah oo.com

4.Abdul Salam Saad
Politeknik Kota Kuala Terengganu
Email: a_salam_saad @yahoo.com

5.Ahmad Sobri b Ahmad Hudin
Kolej Komuniti Caw Bandar Baru
Email: mdsob@yahoo.com

6.Azizah Mohd Zain
Kolej Komuniti Jasin Melaka
Email: izah_aziz05@yahoo.com

7.Ku Esah Ku Saad
Kolej Komuniti Arau Perlis
Email: ain_shah74@yahoo.com

8.Siti Noor Sarah Daud
Politenik Merlimau Melaka
Email : sitinoorsarah@pmm.edu.my

9.Siti Nor Akhidah Samsudin
Polimas Jitra,Kedah
Email: kido_76@yahoo.com

10.Siti Norlida Ismail
Polisas Kuantan
Email: ivori_i @yahoo.com

11.Susilawaty Ahmad Osman
PTSS, Perlis
Email: susila_waty2002@yahoo.Com

Permudah email
wannorherman@dr.com, putera05affa@yah oo.com, ,ain_shah74@yahoo.com, sitinoorsarah@pmm.edu.my, kido_76@yahoo.com,sitinoorsarah@pmm.edu.my, kido_76@yahoo.com, susila_waty2002@yahoo.Com, rizairie @yahoo.com, a_salam_saad @yahoo.com, mdsob@yahoo.com

[hang nadim]Najib temui Obama


OTHMAN MOHAMAD


















BARACK Obama mengadakan perbincangan dua hala dengan Najib Tun Razak di Washington Convention Center sebelum mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, Amerika Syarikat, semalam. – AFP

WASHINGTON 12 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Walter E. Washington Convention Center di sini, sebelum mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di tempat yang sama.

Pertemuan kira-kira setengah jam itu yang membuka lembaran baru dalam hubungan Kuala Lumpur-Washington turut disertai oleh Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan tujuh lagi pegawai tinggi kerajaan.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum ini memberitahu wartawan Malaysia, pertemuan hari ini akan menyentuh pelbagai perkara mengenai kepentingan bersama dan antarabangsa.

Ini termasuk soal perdagangan dan pelaburan, keselamatan antarabangsa dan rantau Asia Tenggara serta peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam konteks dunia Islam.

Najib juga mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden AS, Joseph Biden di kediaman rasminya di sini sebelum kembali semula ke Walter E. Washington Convention Center.

Sebelum ke sidang kemuncak dua hari itu, Perdana Menteri mengambil kesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, John Key yang turut menghadiri sidang kemuncak itu yang disertai oleh 47 pemimpin dunia.

Sidang kemuncak yang bertujuan menangani isu-isu berkaitan senjata nuklear bermula selepas itu dengan majlis perasmian disempurnakan oleh Obama.

Najib akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Hilary Clinton pada majlis makan malam. – UTUSAN








UPDATE 1-Hu says China will not be pressured on yuan
Mon Apr 12, 2010 9:19pm EDT* China's Hu says yuan rise would not solve U.S. problems

* Hu says global economic recovery at critical stage

BEIJING, April 13 (Reuters) - China will "firmly stick" to its own path for yuan reform, President Hu Jintao said in a meeting with U.S. President Barack Obama, emphasising that Beijing would not be pushed by external pressure.

Faced with a chorus of U.S. calls to let the yuan rise, Hu said China would base any decision on its own economic and social needs and stressed that a stronger yuan would not be a panacea for woes afflicting the world's largest economy.

"Yuan appreciation would neither balance Sino-U.S. trade, nor solve the unemployment problem in the United States," the official Xinhua news agency reported on Tuesday in an account of a bilateral meeting that took place in Washington.

Beijing has frozen the yuan's exchange rate against the dollar since mid-2008 to help cushion its economy from the global downturn, but the strength of China's recovery has fuelled criticism of this policy as well as market expectations that it is about to resume appreciation.

Hu said that China does not seek a trade surplus with the United States and would like to increase its imports from the country, the report added. To that end, he urged the United States to loosen its export controls over high-tech products.

Hu met with Obama on the sidelines of a nuclear security summit.

Obama repeated his call for more yuan flexibility, but trod carefully with his focus on securing Chinese backing for tougher sanctions against Iran's nuclear activities. For story, see: [ID:nN08208811]

Hu said that China wished to strengthen dialogue and coordination with the United States on the Iranian nuclear issue, as well as a range of other topics, from climate change to nuclear developments in North Korea.

The bulk of the Xinhua report was devoted to what Hu said about the economy and the yuan.

"China will firmly stick to a path of reforming the yuan's exchange rate formation mechanism, based on our own economic and social development needs," Hu told Obama, according to Xinhua.

"In making reforms, we will give careful consideration to global economic developments and changes, as well as to China's economic condition," he said.

The world economy was at a critical moment in its recovery after the global financial crisis, with many uncertainties lying ahead, Hu said.

Both China and the United States faced difficult tasks in promoting economic growth, creating jobs and changing their economic structures, he added.

"Under such circumstances, we should strengthen cooperation and together maintain international economic and financial stability," Hu said.

Offshore yuan forwards (NDFs) edged down against the dollar on Monday after China reported on the weekend its first monthly trade deficit in 6 years, which could reinforce Beijing's caution on the yuan, weighing against any substantial revaluation. [ID:nTOE63B04J] (Reporting by Simon Rabinovitch; Editing by Ken Wills)

[hang nadim] " BERILAH PELUANG AKU HIDUP "


Mayat bayi lelaki cukup sifat yang dibuang di dalam timbunan sampah di Sungai Choh, Hulu Selangor, semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

( 9 April 2010 / 24 Rabiulakhir 1431H )


Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk " BERILAH PELUANG AKU HIDUP " .
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan. Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dengan menanam anak-anak terutama anak-anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah. Amalan jahiliyah tersebut kini berulang lagi malah lebih dahsyat di mana sesetengah bayi dibuang di merata-rata tempat kerana malu kepada masyarakat. Tempat-tempat pembuangan ialah di belakang rumah, di tepi jalan, di tepi hospital, di masjid, di tepi sungai, dikedai, ditempat pembuangan sampah, dihentian bas, ditandas dan lain-lain lagi.
Menurut statistik daripada pihak berkuasa di dapati jenayah membuang bayi terus meningkat dari tahun ketahun. Umpamanya pada tahun 2009 sebanyak 79 kes berbanding 76 kes pada 2007 di seluruh negara. Sepanjang tempoh 2004 sehingga 2009 sebanyak 485 kes . Sebilangan besar suspek tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga 25 tahun.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Kepada kita dan remaja khasnya, mimbar ini ingin mengingatkan bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah merupakan perbuatan jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’ ayat 32:

Maksudnya: " Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." .

Manakala firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa' ayat 93 pula ialah:

Maksudnya: " Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar " .

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Mengikut kajian terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini. Faktor terbesar ialah keterlanjuran dalam menjalin hubungan percintaan, pergaulan dan amalan seks bebas sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak, institusi keluarga yang bermasalah tiada persefahaman, bergaduh atau bercerai. Oleh itu setiap ibubapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana tarbiyah dalam rumahtangga yang mereka bina. Jika suasana keimanan, keharmonian dan kasih sayang, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebahagiaan di dunia dan dia khirat.
Firman Allah SWT di dalam surah At-Thuur ayat 21:

Maksudnya: " Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, kami hubungkan dengan mereka zuriat mereka dan kami tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya " .

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Selain itu, faktor dalaman diri remaja juga merupakan punca kepada gejala ini. Kurang fahaman agama dan akhlak yang luhur menyebabkan mereka dikuasai oleh nafsu jahat sehingga berlakunya zina dan menyebabkan lahirnya anak luar nikah yang akhirnya dibuang kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat.
Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, ( VCD ) lucah serta gambar pornografi di dalam internet juga menjadi punca yang turut merangsang para remaja terjebak ke lembah perzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan terdedah kepada berbagai risiko termasuk kematian; di samping ada di antaranya menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak. Inilah implikasinya apabila rohani para remaja tidak di isi dengan ajaran agama. Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A'raf ayat 179:

Maksudnya: " Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai " .

Justeru itu, mimbar ini menyeru semua pihak di negara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut :

Pertama - Menjadi masyarakat yang prihatin dengan situasi yang berlaku di sekeliling kita;
Kedua - Program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu;
Ketiga - Pihak yang bertanggungjawab perlulah mengawal pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama remaja;
Keempat - Program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dikawal;
Kelima - Ibu bapa perlulah mengawal pergerakan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas;
Keenam - Hukuman berat kepada mereka yang terlibat dalam melakukan jenayah pembuangan bayi perlulah diadakan;
Ketujuh - Bagi remaja yang terlanjur diinginkan janganlah membunuh bayi yang tidak berdosa. Berilah mereka peluang untuk hidup dan bersedialah untuk bertanggungjawab atas kesilapan diri bersama dengan pasangan masing-masing;
Kelapan- Masyarakat seterusnya tidak menghukum dan meminggir mereka yang tersilap malah memberi peluang kepada mereka kembali ke pangkal jalan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104:

Maksudnya: " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya " .

Mayat bayi dalam timbunan sampah
Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


HULU SELANGOR 11 April - Seorang bayi lelaki dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sempurna, selain memiliki raut wajah yang comel. Malang sekali, mungkin bimbang kelahirannya itu bakal membawa malu, bayi comel itu dibuang begitu sahaja dalam keadaan yang sangat memilukan.

Dia dibungkus dengan kertas surat khabar, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah.

Sekali lagi, penemuan mayat bayi dalam keadaan tragis ini - tiga hari selepas kempen Kami Prihatin dilancarkan - memperlihatkan masih ada orang yang sanggup bertindak kejam terhadap bayi tidak berdosa.

Mayat bayi lelaki malang yang masih bertali pusat itu ditemui oleh pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat bayi itu ditemui dalam timbunan sampah di sebelah kedai nasi ayam berhampiran lampu isyarat di pekan Sungai Choh.

Beliau berkata, seorang pekerja MDHS yang sedang mengutip sampah di kawasan itu menemui mayat itu dalam bungkusan plastik.

"Pekerja terbabit tergerak untuk memeriksa bungkusan plastik yang ditemuinya dalam timbunan sampah itu kerana berasa curiga dengan isi kandungannya.

"Dia terkejut apabila mendapati bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi dan segera memaklumkan perkara itu kepada orang ramai yang berada di kedai berhampiran sebelum menghubungi polis," katanya di sini hari ini.

Norel Azmi memberitahu, siasatan mendapati bayi lelaki itu baru dilahirkan dan dibuang dalam timbunan sampah sarap di situ.

Bagaimanapun, beliau berkata, bayi itu sudah mati ketika ditemui pekerja terbabit.

Berdasarkan maklumat awal pakar perubatan, katanya, bayi itu mungkin dilahirkan tidak cukup bulan tetapi sempurna sifat dan dipercayai akibat keguguran.

Tambahnya, mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kematian.

"Polis sedang berusaha mengesan ibu mangsa dan mengharapkan bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.

Khamis lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melancarkan kempen Kami Prihatin yang bertujuan menangani gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Kempen anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan itu turut disokong oleh artis popular tanah air yang menyanyikan lagu Harapan Tanpa Suara.

Orang ramai diminta bersabar
KUALA LUMPUR 11 April - Kerajaan tidak akan berputus asa dalam menangani isu pembuangan bayi, walaupun ia dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini termasuk penemuan baru mayat seorang bayi lelaki di Hulu Selangor hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementeriannya akan terus berusaha dan beliau meminta orang ramai supaya bersabar untuk 'mengenal pasti' mereka yang melakukan dosa itu.

"Kita mesti teruskan perjuangan dalam apa jua keadaan.

"Saya yakin satu hari nanti niat murni kita (untuk membendung gejala buang bayi) akan berhasil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penemuan seorang mayat bayi lelaki yang dibungkus dalam kertas surat khabar dan plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah.

Shahrizat berkata, usaha untuk membanteras gejala buang bayi bukan hanya akan selesai dalam tempoh yang singkat sebaliknya ia melalui proses yang panjang.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah putus asa dengan kes pembuangan bayi yang terus berlaku.

Penemuan bayi dalam keadaan tragis itu berlaku selepas empat hari Utusan Malaysia melancarkan kempen Kami Prihatin bagi membangkitkan kesedaran masyarakat tentang semakin teruknya gejala buang bayi di negara ini.

Hukum juga lelaki lakukan zina - Pgsm
KUALA LUMPUR 11 April - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) meminta kerajaan mengkaji serta meminda undang-undang sedia ada agar lelaki yang terlibat dalam perbuatan zina turut dikenakan hukuman setimpal.

Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm), Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, berdasarkan undang-undang sedia ada wanita lebih cenderung dikenakan hukuman seorang diri kerana mereka lebih mudah dibuktikan bersalah berbanding pasangannya.

Pengakuan tiga gadis ‘terlanjur’
KUALA LUMPUR 11 April – Hampir keseluruhan remaja yang mengandung luar nikah tidak mahu memberitahu keluarga kerana takut dimarahi, sebaliknya lebih rela meminta bantuan rakan-rakan atau teman lelaki untuk menggugurkannya.

Kewujudan pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan melalui penjualan pil-pil pengguguran malah perkhidmatan menggugurkan bayi di klinik-klinik di ibu negara memudahkan mereka berbuat demikian.

Apa pun alasannya, membunuh satu nyawa adalah satu kesalahan besar dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berleluasa.

Setelah menyelami perasaan mereka yang pernah terlibat dengan kegiatan keji itu, wartawan Unit Khas Utusan Malaysia mendapati golongan terlibat sanggup mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan hanya kerana mahu menutup aib diri sendiri.

Ikuti dan hayati kes-kes di bawah agar ia menjadi pengajaran kepada kita semua.

KES 1
‘‘Saya cuba untuk melupakan peristiwa itu tetapi sampai sekarang masih terbayang-bayang dalam ingatan saya,’’ kata Linda (bukan nama sebenar), 24, ketika ditemui di tempat kerjanya di ibu negara.

Bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta di ibu kota memberikan pelbagai pengalaman kepadanya tambahan pula klinik tersebut menyediakan perkhidmatan menggugurkan bayi walaupun usia kandungan sudah berusia lapan bulan.

Kejadian yang tidak boleh dilupakan olehnya berlaku kira-kira setahun lalu apabila dia didatangi oleh Ina (bukan nama sebenar), 19, seorang pelajar kolej swasta yang mahu menggugurkan kandungan yang telah berusia empat bulan.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp


Menurutnya, hukuman yang adil terhadap kedua-dua pelaku zina sedikit sebanyak boleh membanteras perbuatan itu yang merupakan faktor penyumbang kepada masalah buang bayi.

"Wanita yang melahirkan anak cukup sifat kurang enam bulan dari tarikh pernikahannya sudah cukup dibuktikan terlibat dengan zina.

"Namun, bagi pesalah lelaki sukar untuk pendakwa membuktikan penglibatan mereka dalam kesalahan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau diminta mengulas gejala buang bayi yang semakin berleluasa dan sukar dibendung kebelakangan ini.

Kata Mohamad Isa, persetubuhan haram merupakan antara punca utama kepada kes pembuangan bayi yang kerap berlaku kebelakangan ini.

"Sebab itu, kerajaan perlu mengkaji serta meminda undang-undang sedia ada agar pelaku perbuatan zina sama ada lelaki mahupun wanita dikenakan hukuman setimpal.

"Saya percaya jika perbuatan zina tidak dibendung seperti melalui undang-undang, maka gejala buang bayi tidak akan dapat dihapuskan," tegasnya.

Di negara ini, undang-undang syariah setiap negeri sama sekali tidak membenarkan umat Islam terlibat dengan persetubuhan haram.

Seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 menyebut mana-mana lelaki atau wanita yang melakukan persetubuhan selain dengan isteri atau suaminya boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengulas cadangan sesetengah pihak agar kerajaan mewujudkan 'bank bayi', Mohamad Isa berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana ia hanya akan menggalakkan perbuatan terkutuk itu.

"Dengan penubuhan 'bank bayi' ini, banyak masalah akan timbul antaranya adalah status agama kanak-kanak terbabit. Bagaimana kita hendak tentukan agama mereka yang ditempatkan di situ?

"Saya mencadangkan agar anak- anak luar nikah diletakkan dalam program anak angkat agar hubungannya dengan ibu dan ayahnya dapat diteruskan selain dapat memastikan mereka dijaga oleh ibu dan ayah angkat yang bertanggungjawab," katanya

11 April, 2010

[hang nadim] Datuk Sheila Majid, melakar sejarah


RATU Jazz negara, Datuk Sheila Majid, melakar sejarah apabila namanya bakal tercatat di dalam Guinness Book of World Records kerana menggayakan kebaya termahal di dunia pada Ratu A Charity Tribute To Malaysian Women anjuran Cosry Wise (M) Sdn Bhd, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi. Kebaya yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit rekaan Butik Cosry itu ditaburi butiran berlian dan permata daripada jenama Mouawad, yang didatangkan khas dari Geneva. - Foto Khairunisah Lokman
Apr 11, 2010 8:28 am




[hang nadim] Hanya keinsafan mampu sekat zina, kes buang bayi

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
zainul.rijal@abubakar.my
2010/04/12


ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan yang dibuang dalam tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, Rawang. Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui jam 8 pagi semalam. - Foto Md Fuzi Abd Lateh
Apr 12, 2010 7:14 am

Dangkal ilmu, iman tipis punca keruntuhan moral, akhlak masyarakat

GEJALA membuang bayi begitu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Tanpa naluri kemanusiaan, bayi yang dilahirkan itu dibunuh dengan kejam semata-mata bagi menutup dosa ibu dan pasangan ibu bayi berkenaan. Bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa. Hak mereka untuk hidup di dunia dihakis manusia tidak berperi kemanusiaan itu. Mungkin di dunia ini mereka boleh terlepas daripada hukuman kerana pihak berkuasa tidak dapat mengesan orang yang membunuh bayi ini namun sudah pasti di akhirat kelak Allah akan membalas perbuatan mereka dengan azab seksaan. Di akhirat nanti kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman Allah. Di sana, tiada peguam yang akan mampu membela orang yang melakukan kesalahan di sisi Allah. Perbicaraan di padang mahsyar begitu adil. Setiap amalan walau sebesar zarah akan dibalas sewajarnya. Gejala membunuh bayi begitu berleluasa kerana masyarakat sudah tidak lagi memandang aspek akhlak dan moral sebagai suatu yang begitu perlu dipertahankan. Sudah tidak ada lagi perasaan malu berdua-duaan ataupun melakukan perkara sumbang di kalangan masyarakat. Sudah sering kita lihat muda-mudi terkinja-kinja dalam parti dan disko tanpa segan silu, meminum arak dan berpelukan sudah menjadi kebiasaan di sesetengah tempat.

Malah, cubaan untuk mengawal moral sebegini sering ditentang kononnya melangkaui hak asasi manusia. Penggubalan undang-undang berkaitan kawalan moral tidak dapat dilakukan, malah undang-undang sedia ada berkaitan dengan moral juga hendak dihapuskan.

Persoalan mengenai sama ada ada undang-undang boleh mencampuri hal ehwal moral dicetuskan semula beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Badan itu melihat undang-undang semata-mata dari lensa Barat dan tidak diadunkan dengan budaya masyarakat tempatan yang disulami dengan jahitan agama. Mereka menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Mereka mengatakan undang-undang tidak boleh mengawal salah laku moral. Jika seseorang itu berdosa, hanya Tuhan yang layak menghukum mereka. Namun, apabila gejala membuang bayi berlaku, tidak pula kedengaran usaha bagi mengetatkan undang-undang moral.

Sebenarnya budi pekerti dan moral yang mulia adalah satu-satunya asas paling kuat untuk melahirkan masyarakat yang ikhlas dan amanah. Orang yang tidak bermoral akan mudah terjerumus di dalam aktiviti jenayah. Undang-undang sebenarnya bersandarkan kepada moral dan moral bertunjangkan kepada agama.

Walaupun satu daripada Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan, permasalahan moral ini sering diketepikan. Memang benar Rukun Negara tidak mempunyai kekuatan undang-undang untuk dilaksanakan, namun apa gunanya berikrar atas nama Rukun Negara sekiranya ia tidak mahu dipatuhi.

Sepatutnya dalam membuat sesuatu keputusan, kita merujuk kembali kepada Islam sebagai agama negara. Seperti diriwayatkan ketika ditanya kepada Saidatina Aishah: “Apakah akhlak Rasulullah” maka Aishah menjawab: “Akhlak Rasulullah ialah al-Quran.” Oleh itu, apabila al-Quran melarang orang Islam meminum arak, apakah salah kerajaan membuat perundangan bagi mengharamkan orang Islam minum arak? Apabila al-Quran melarang berzina, apakah silap kerajaan membuat perundangan mengharamkan perzinaan dan pelacuran?

Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.” Pada masa sekarang, kita tidak dapat lari dari mengkodifikasikan ajaran Islam kerana masyarakat Islam itu sendiri begitu asing dari Islam.

Kalau dulu apabila ayat al-Quran mengenai pengharaman arak diturunkan maka sahabat berduyun-duyun membuang arak tanpa mempersoalkannya. Tetapi sekarang selepas 1,400 tahun berlalu, penghayatan terhadap al-Quran amat rendah. Oleh itu hukuman berbentuk keduniaan ini perlu bagi berperanan sebagai penghalang kepada budaya meminum arak ini.

Akhlak manusia tidak akan terdidik tanpa panduan undang-undang. Pada masa ini, dengan perundangan yang adapun akhlak masyarakat amat menyedihkan. Apa akan jadi jika semua perundangan itu dihapuskan. Maka wujud lakonan dalam perundangan ini. Secara hipotetikal, apabila undang-undang dihapuskan, apa akan jadi jika dua orang melakukan perbuatan tidak sopan di depan kita atau keluarga kita. Biarkan saja kerana ia hak asasi mereka? Biarkan remaja kita menonton aksi tidak bermoral itu? Apa yang hendak kita lakukan? Bagaimana pula dengan hak asasi kita yang berasa jijik melihat perbuatan seperti itu?

Tidak dinafikan pendidikan adalah elemen penting mengawal moral. Tetapi pendidikan saja tidak mencukupi kerana ia bertindak sebagai ‘amar maaruf’, manakala hukuman dalam bentuk perundangan bertindak sebagai ‘nahi mungkar’.

Kedua-dua kaedah ini sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain apatah lagi dalam keadaan negara mengambil Islam di dalam ruang yang begitu terhad dan berpilih saja. Amar makruf dan nahi mungkar sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain.

Dalam Islam, penguatkuasaan agama terletak dalam wilayah al hisbah. Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri. Jika kita meneliti kaedah hukum syarak, tidak timbul andaian suatu hari nanti mungkin ada undang-undang Islam yang membenarkan pegawai penguat kuasa masuk ke rumah dan periksa sama ada seseorang itu solat lima kali sehari atau tidak? Andaian ini adalah melampau dan meleset serta tidak diasaskan kepada kaedah fekah dan syariah Islam sebenar kerana Khalifah Umar yang terkenal garang pun pernah ditegur kerana mengintip rakyatnya melakukan kesalahan.

Selagi seseorang itu beragama Islam maka ia berada dalam suatu sistem yang lengkap. Islam tidak sekadar rutin ritual harian, tetapi suatu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan termasuk kawalan moral ataupun akhlak Islamiah.

Berbalik kepada gejala pembuangan bayi ini, sudah pasti jawapan bagi menangani gejala ini ialah berbalik kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan memakai undang-undang yang digariskan Islam. Menjauhi zina adalah kewajipan setiap umat Islam. Memastikan zina tidak berlaku pula tanggungjawab masyarakat.

Orang yang melakukan zina adalah orang yang dangkal ilmunya. Keimanannya tipis. Zina akan membawa kepada pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat serta memusnahkan susun atur sosiobudaya masyarakat. Apatah lagi masyarakat Timur yang dibina atas dasar keimanan dan ketakwaan. Undang-undang tanpa kesedaran juga mungkin tidak dapat membendung perzinaan. Anda bertindak bijak dengan menjauhi zina!

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia dan boleh dihubungi melalui e-mel - zainul.rijal@abubakar.my