Pages

Subscribe:

28 Ogos, 2010

[hang nadim] Bekas pemain bola sepak kebangsaan meninggal dunia






PULAU PINANG 28 Ogos - Bekas pemain bola sepak kebangsaan yang dikenali sebagai penyerang berbisa, Isa Abu Bakar, 58, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini pada pukul 10.15 pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan adik kepada seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Allahyarham Ali Bakar, disahkan meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak selepas mengalami muntah berdarah.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Gerbang Sungai Ara 2, Sungai Ara di sini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, kira-kira pukul 6 petang.

Rakan seangkatan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari itu meninggalkan isteri, Mazlina Md. Ismail, 49, dan empat orang anak iaitu Nur Aishah, 22, Nur Liyana, 21, Nur Kamalia, 19, dan Muhd. Firdhaus, 16.

Menurut Mazlina, bekas penyerang kebangsaan itu mula dimasukkan ke Hospital Pakar Pantai Mutiara kelmarin kira-kira pukul 10 malam selepas muntah berdarah.

Jelasnya, Allahyarham kemudian dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut dan dilaporkan tidak mengalami sebarang penyakit serta sihat dan mampu bergurau seperti biasa.

Malah, Allahyarham juga sempat membeli kotak penyejuk di sebuah pasar raya besar pada Rabu lalu untuk digunakan bagi menyimpan makanan dan minuman untuk menjamu rakan-rakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

''Kami sekeluarga sebenarnya terkejut dengan pemergiannya kerana beliau langsung tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang pelik. Saya dan anak lelaki baru hendak bersiap-siap untuk melawat Allahyarham pagi ini.

''Tiba-tiba ada pegawai polis datang ke rumah dan memberitahu bahawa Allahyarham sudah meninggal dunia, saya tergamam seketika kerana baru hendak keluar melawat beliau," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Isa yang dilahirkan pada 25 Disember 1952 merupakan seorang pemain penyerang yang digeruni serta lincah semasa zaman kegemilangan yang dikecapi bersama-sama abangnya, Ali sekitar era 70-an dan 80-an.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu memulakan karier bersama skuad bola sepak kebangsaan pada 1974 dan pernah beraksi dalam Pesta Bola Merdeka 1976 dan Piala Presiden di Bangkok pada 1977.

Allahyarham Isa juga pernah membantu skuad kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA pada 1977 di Kuala Lumpur apabila menundukkan Burma 8-1.
<>><><><><><><><><><><>
Malaysia is currently in 157th position out of 190 countries in the FIFA world ranking. Malaysia’s performance worst than Thailand (117th), Singapore (127th), Vietnam (131th), Indonesia (132th), and even Hong Kong (137th) and India (147th). The teams were beating boys for Malaysia, but it's a total different story recently, these teams stand an equal chance to beat Malaysia and some are well above Malaysia's standards. Read FIFA/Coca-Cola World Ranking.

Why Malaysia’s football gone to the rubbish? The truth is 70’s national team consisted multiracial and competent players. Our team has lots of excellent records that able to proud of. The multiracial team qualified for the 1972 and the 1980 Olympics. Now when look at the players in our national team, all nothing more than a single race players that showing their ‘Beckam’ style hair fashion and playing football like school boys.

We have failed to show those days ‘Malaysian’ team, please don’t sweep racism issue under the carpet. Many of ethnic Indian, Chinese, Sabahan and Sarawakian boys are keeping their dream to play for the nation football team, please fulfill their never-ending dream. In fact, our nation always claim that football is our no 1 sport despite the lousy condition of the national team. Let me tell you the truth that the people in the street look at me a kind when I wear Malaysian national football jersey. Why? Because they lost confident on the national team!

Don’t you remember Mokhtar Dahari, R Arumugam and Soh Chin Aun? R Arumugam tightened the goal box and Soh Chin Aun in solid defense and Mokhtar Dahari’s took part in forward with his sharp attacks, our national team qualified for 1980 Moscow Olympics and also won bronze medal in 1974 Tehran Asian Games. The trio was in the most-feared Malaysian team. Don’t forget that Malaysia was once beaten Arsenal when Mokhtar scored twice to overcome the English club. Along with Shukor Salleh, Santokh Singh, Wong Choon Wah, Hassan Sani, Chow Chee Keong, Reduan Abadullah, Isa Bakar, Bakri Ibni, Lim Teong Kim, the Malaysian team was among the best in this region.

Since then Malaysia have never had a team which came close to the passion, drive and hunger to emulate the success of the 70’s national team. Now our nation team even couldn’t qualify for the Asian cup by appears as beaten boys for Singapore, Thailand, Indonesia and Vietnam. Football is to unite multiracial Malaysia, don't use it as a tool to depress the minorities! Admit that minorities are Malaysian too, give them chances to deliver their talent in the national team.

I hope my sincere message reach FAM, I wrote this article because I’m a true Malaysian that love football very much. Immediate reformation needed if we wish to see our national football team shines again as it was in 1970s and 1980s.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my




Penunjuk perasaan upahan

Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi dpada program rakaman takbir raya di Surau Ar-Rahman sebelum majlis berbuka puasa di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Tindakan memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu merupakan perbuatan sekumpulan penunjuk perasaan upahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu tidak perlu dihairankan kerana di Indonesia terdapat kumpulan penunjuk perasaan yang diupah oleh pihak-pihak tertentu jika timbul satu-satu isu.

Beliau percaya dalang yang mengupah kumpulan penunjuk perasaan dalam demonstrasi tersebut mahu merenggangkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

“Saya tidak hairan kerana di Indonesia ada kumpulan upahan. Kita mesti bezakan bahawa ini adalah tindakan yang diupah oleh pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan kita dengan kerajaan Indonesia.

“Saya tidak anggap ini sebagai mencerminkan pendirian pemerintah Indonesia malah hubungan kita dengan Indonesia sangat baik dan sangat erat. Kita amat selesa dengan hubungan ini,’’ katanya.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan rakyat Indonesia memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta Isnin lalu.

Ekoran kejadian tersebut, pasukan keselamatan Indonesia telah mempertingkatkan kawalan di Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Bagaimanapun ia tetap berulang semalam apabila kumpulan itu terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di kawasan kedutaan tersebut.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu sambil berteriak ‘Ganyang Malaysia’ bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di sempadan perairan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.

Najib dalam pada itu turut mengingatkan supaya tidak ada sesiapa yang sengaja merosakkan hubungan antara kepimpinan Malaysia dan Indonesia.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai amat meresahkan rakyat Malaysia, beliau menegaskan, tujuan penunjuk perasaan adalah untuk mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat negara ini.

“Itulah niat sebenar mereka. Mereka mahu kita bertindak balas, menimbulkan kemarahan supaya hubungan kita dan Indonesia menjadi renggang. Oleh itu kita jangan terperangkap dengan permainan ini.

“Di peringkat Kabinet kita telah membincangkan isu ini dan kita juga telah memanggil Duta Indonesia di Malaysia dan kita telah meminta pihak berkuasa Indonesia mengambil langkah kawalan lebih ketat bagi menghindarkan perkara seperti ini berulang,’’ ujarnya

Bendera tekad terus perjuanganOleh BORHAN ABU SAMAH
dan RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Keadaan di bandar raya Jakarta hari ini tenang tanpa sebarang kejadian demonstrasi anti-Malaysia, namun sebuah pertubuhan negara itu berazam meneruskan ‘perjuangan’ mereka.

Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), Mustar Bona Ventura Manurung menyatakan, pertubuhan itu yang terlibat dalam tunjuk perasaan di Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini tidak akan berhenti melakukan protes terhadap Malaysia.

“Kami tidak akan berhenti protes di Kedutaan Malaysia. Malah akan melancarkan siri protes baru dan lebih besar di kepentingan-kepentingan perniagaan Malaysia seperti premis Petronas, Maybank dan CIMB yang ada di sini (Indonesia).”

Katanya, perbuatan sebegitu perlu dilakukan oleh kumpulan-kumpulan seperti Bendera memandangkan kerajaan Indonesia lemah dan sering tunduk kepada ‘tekanan’ diplomasi dengan Malaysia.

“Kami mahu kerajaan Indonesia pastikan Malaysia memohon maaf kepada seluruh warga Indonesia kerana banyak mencuri tradisi dan harta kami serta mendera warga kerja Indonesia di sana.

“Setelah habis kayu-kayu balak di Maluku dijadikan bangunan di Kuala Lumpur, tarian Pendet dikatakan milik Malaysia, kini penguat kuasa Indonesia pula ditahan polis Malaysia, ia perlu dihentikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mustar diminta mengulas tentang protes yang dianjurkan Bendera serta beberapa kumpulan lain di beberapa tempat seperti di Jakarta, Bandung dan Bali ekoran penahanan tiga anggota penguat kuasa marin negara itu oleh polis Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Katanya, ia akan diteruskan tanpa ada batas waktu sambil mengulangi Jakarta perlu memastikan Kuala Lumpur memohon maaf kepada Indonesia berhubung insiden penahanan tersebut.

Sementara itu di JAKARTA, Polis memaklumkan tunjuk perasaan di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Bank CIMB Niaga dan Ibu Pejabat Petronas telah dibatalkan, kecuali satu demonstrasi oleh seorang individu di Surabaya yang bertindak membakar bendera Malaysia.

Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa lokasi tumpuan rakyat Malaysia berbelanja seperti Pasar Tanah Abang, para peniaga seolah-olah tidak mempedulikan tentang isu yang digembar-gemburkan oleh media massa tempatan.

Pengerusi Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (Hipmi) Erwin Aksa berkata, isu semasa berkaitan kedua-dua negara jiran itu tidak akan mengganggu hubungan ekonomi kedua-dua buah negara yang saling memerlukan.

“Malaysia memerlukan Indonesia dan Indonesia juga mempunyai tenaga kerja yang ramai di Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia juga banyak membuat pelaburan di dalam bidang telekomunikasi, perladangan dan perbankan di Indonesia.

Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Marzuki Alie menyifatkan bantahan yang dikeluarkan oleh Malaysia terhadap tunjuk perasaan yang membakar bendera negara itu dan melempar najis ke kedutaannya adalah wajar.

Beliau juga menyifatkan tindakan sedemikian sebagai memalukan Indonesia dan kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap penunjuk perasaan sedemikian.

Menurut Marzuki, Indonesia sememangnya sebuah negara demokrasi yang membenarkan demonstrasi tetapi tunjuk perasaan bertujuan memperlekeh-lekehkan negara lain tidak seharusnya dibenarkan.

Dalam pada itu media massa tempatan masih lagi memainkan isu tersebut khusus TVOne dan MetroTV, manakala akhbar pula, Kompas menyarankan agar kerajaan Indonesia mengenakan ‘terapi kejutan’ kepada Malaysia.

Selain itu, media Indonesia yang lain pula lebih cenderung untuk mempertikaikan kewibawaan pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam menangani itu berkenaan

SATU PERINGATAN KEPADA KUMPULAN BENDERA



NUKILAN HATI HANG NADIM
BANGSA MALAYSIA BERJUANG GUNA FIKIRAN.........
KAMI TIDAK HINA INDONESIA........
TAPI SEGELINTIR RAKYAT INDONESIA
MENNJUAL MARUAH BANGSA DAN MENCEMAR NAMA BAIK INDONESIA
IKLASKAH KAMU DENGAN MENERIMA UPAH YANG TIDAK IKLAS
LEBIH BAIK JADI PENGEMIS JALANAN.....
TIADA SIAPA YANG MARAH......
TUNJUK PERASAAN BAGAI BUDAK HINGUSAN MEMBERONTAK...
TIDAK DAPAT SUSUAN IBU....
FIKIRLAH SAUDARA SAMA-SAMA KITA BINA SATU RUMPUN BANGSA
KALAU membutuhkan wang dan MAKANAN.......
MALAYSIA TIDAK HALANGAN DATANGLAH KE MALAYSIA CARI REZEKI HALAL
Aku kamu dan dia satu rumpun bangsa Nusantara........
Undang-undang perlu di patuhi.....INGAT Panca Sila....
Jangan Sempitkan Fikiran kamu.......
selamat berpuasa.......

PESANAN UNTUK WIRA BANGSA MALAYSIA

26 Ogos, 2010

[ hang nadim] قليل الادب ......Kurang Adab.......?????? KENTUT..

Bagaimana anda rasa semasa rakan anda melepaskan kentut dihadapan anda......lihat dan fikir......



[hang nadim] Dalang tunjuk perasaan dicabar tampil.....




SERUAN UNTUK SAUDARA SEBANGSA USAH KITA BERSENGKETA KITA SERUMPUN BANGSA MENGAPA HARUS KITA BERGADUH.....TANAMKAN SEMANGAT KEJIRANAN DAN SEAGAMA....DIBULAN RAMADHAN AL MUBARAK......DAN SAMA-SAMA KITA MENYAMBUT AIDIL FITRI SERTA KITA SAMA-SAMA MENCARI SIAPA YANG MENGUPAH/DALANG KUMPULAN BENDERA......ADAKAH DARI MALAYSIA ATAU INDONESIA?????? KAMI SAUDARA DARI MALAYSIA TIDAK PERNAH MENGHINA INDONESIA DAN JUGA TKI YANG BEKERJA DI MALAYSIA.....MALAYSIA TIDAK PERNAH MENGANIAYA RAKYAT INDONESIA KECUALI MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA.....JUTAAN RAKYAT INDONESIA BERSAMA MENIKMATI KEKAYAAN MALAYSIA TANPA DI CEMBURUI OLEH RAKYAT MALAYSIA.....BANYAK JUGA HUBUNGAN PERKAHWINAN ANTARA MALAYSIA DENGAN INDONESIA.....SEMOGA ALLAH MENJADIKAN MALAYSIA DAN INDONESIA NEGARA YANG AMAN MAKMOR DAN BAHAGIA ......AMIN.

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sekiranya benar ada dalang di sebalik tunjuk perasaan di Indonesia, saya cabar mereka tampil untuk dedahkan diri di sini.

Amaran keras itu dilafaz Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju kepada individu atau mana-mana pihak yang disifatkannya sebagai perosak negara dengan mendalangi peristiwa 'hitam' di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam.

Beliau ketika dihubungi di sini hari ini berkata, cabaran itu dilakukan kerana beliau sendiri merasa tercabar melihat Jalur Gemilang dipijak selain sedih mendengar khabar Kedutaan Malaysia yang menjadi jambatan kepada perhubungan dua negara dilempar dengan najis.

"Saya terkejut melihat reaksi rakyat Indonesia ke atas kedutaan kita. Jika benar ada dalang daripada rakyat negara ini dan jika benar dalang itu betul-betul berani, sila dedahkan diri anda," katanya.

Omardin menambah, beliau turut menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli persatuan silat itu mengenai tindakan yang perlu diambil.

"Apa pun, kita tidak akan bertindak melakukan perbuatan seperti penunjuk perasaan itu. Kita di sini lain, sentiasa menggunakan akal dan fikiran yang waras untuk menjaga keharmonian.

"Itu bagaimanapun tidak bermakna kita gentar. Sekiranya negara ini diceroboh, kita sanggup melawan meskipun negara ini kecil. Tidak perlulah gertak kita selalu," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku ketika ini.

"Kita sebagai bangsa serumpun tidak perlulah berbalah begini. Di rumah saya sendiri ada lima orang gaji Indonesia, mereka kita tatang bagai minyak yang penuh," katanya.

PUTRAJAYA, KOMPAS.com - Pemerintah Malaysia mulai mengantisipasi dampak aksi unjuk rasa di Indonesia yang dilakukan di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta sejumlah kantor perusahaan asal Negeri Jiran tersebut. Menteri Luar Negeri Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, Rabu (25/8/2010) kemarin menyatakan pihaknya akan mengeluarkan travel advisory jika perlu.

"Kami akan memonitor situasi tersebut. Untuk sementara waktu, setelah melihat apa yang terjadi dalam beberapa hari terakhir, saya akan sarankan kepada warga Malaysia untuk tidak berkunjung ke Indonesia kecuali ada urusan penting yang harus dilaksanakan," ujarnya seperti dilansir situs web Kantor Berita Bernama. Peringatan tersebut dikeluarkannya setelah aksi demontrasi di Indonesia sampai membakar bendera Malaysia.

Selama beberapa hari terakhir, Kantor Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memang selalu dikepung pengunjuk rasa. Aksi pengunjuk rasa sampai membakar bendera Malaysia sangat disayangkan Pemerintah Malaysia. Demonstrasi tersebut ditakutkan juga meluas ke sejumlah gedung perusahaan asal Malaysia seperti Bank CIMB Niaga dan Petronas serta kediaman Duta Besar Malaysia.

Bernama melansir, di Malaysia juga beredar kabar bahwa ada organisasi massa yang akan melakukan sweeping terhadap warga negara Malaysia di Jakarta. Jurnalis Malaysia telah diingatkan untuk tidak mendekati para demonstrasn tersebut. Semua mahasiswa asal Malaysia juga disarankan agar tidak melintasi Jalan Diponegoro, Menteng untuk menghindari kemungkinan menjadi target sweeping. Direktur Departemen Mahasiswa Malaysia di Indonesia Dr Junaidy Abu Bakar juga telah menyarankan semua mahasiswa asal Malaysia agar selaku pergi secara berkelompok dan segera melapor jika merasa terancam.

PONTIANAK, KOMPAS.com — Badan Pengelola Kawasan Perbatasan dan Kerja Sama Kalimantan Barat melihat ada upaya Malaysia melemahkan ekonomi Indonesia. Tujuannya agar Malaysia tetap bisa menggunakan tenaga kerja asal Indonesia dengan upah murah karena ketiadaan kesempatan kerja di Indonesia.

Kepala Badan Pengelola Kawasan Perbatasan dan Kerja Sama (BPKPK) Kalimantan Barat Robert Nusanto mengatakan, upaya itu terlihat dari arogansi aparat Malaysia dalam berbagai kasus, termasuk di Kalbar. "Provokasi terakhir jelas terlihat pada kasus penangkapan tiga petugas Kementerian Kelautan dan Perikanan. Di Kalimantan Barat, kasus pembabatan hutan dan penelantaran tenaga kerja bisa menjadi contoh," kata Robert.

Robert mengatakan, provokasi-provokasi itu dilakukan untuk membuat Indonesia sibuk sehingga tidak memiliki waktu memikirkan kemajuan ekonomi. "Kalau ekonomi kita tumbuh, Malaysia terancam karena TKI akan pulang dan bekerja di Indonesia," tutur Robert.

Sebelum menjadi Kepala BPKPK, Robert pernah menjadi Kepala Bidang Tenaga Kerja di Kabupaten Kapuas Hulu, Kalbar. "Hampir setiap pekan saya harus mengurus para TKI yang kabur dengan hanya pakaian di badan karena dikejar-kejar polisi Malaysia," kata Robert.

Setelah ditelusuri, para TKI itu masuk ke Malaysia secara ilegal. Walau bekerja ilegal, kedatangan para TKI adalah karena pesanan perusahaan-perusahaan Malaysia. Status ilegal itu akan dipakai sebagai sarana menipu TKI.

Pengusaha hubungi polisi

"Ketika masuk ke Malaysia dan mulai bekerja, gaji mereka dibayar hanya setengah dari yang dijanjikan. Setelah kontrak kerja berakhir, sisa gaji akan dibayarkan hanya untuk ongkos pulang kampung. Namun, satu bulan sebelum masa kontrak kerja berakhir, para pengusaha menghubungi polisi dan menyatakan bahwa di wilayah usahanya ada para TKI ilegal. Ketimbang ditangkap, ya para TKI itu memilih kabur," tutur Robert.

Ironisnya, sejak Pemerintah Indonesia menghentikan sementara penempatan TKI informal sektor domestik ke Malaysia 25 Juni 2009, jumlah TKI ilegal terus meningkat. Ketua Himpunan Pengusaha Jasa Tenaga Kerja Indonesia Yunus M Yamani mengatakan, pemerintah telah gagal menghentikan penempatan TKI ke Malaysia. (AHA/HAM)

APA KATA MEREKA

Kamis, 26 Agustus 2010 | 12:39 WIB
jangan hanya bisa yalahin pemerintah harusnya sebagai rakyat kita juga hrs menyalahin kita sendiri selama ini apa yg telah kita lakukan utk membangun bangsa ini, coba sebagai pekerja jgn terlalu byk protes dan demodan mau melindungin pabrik ditempat kerja dari pemerasan dan pungutan ormas atau aparat pasti byk perusahan yg mau buka pabrik disini maka lapangan pekerjaan akan byk, dgn begitu kita ga perlu bekerja keluar negeri sebagai tki coba lihat dicina mana ada tenaga kerja biasa yg kerja keluar negeri
Balas tanggapan

untuk saat skr kiranya kita harus benar2 menguatkan kembali harga diri bangsa Indonesia. dr mulai memperkuat SDM shg tidak ada lg TKI yg kurang pengetahuan dan keahlian, mempropagandakan pencitraan bhw bekerja di luar negeri dgn tdk mempunyai keahlian akan membuat mereka sengsara. dan jgn lupa pula keberanian dr pihak pemerintah untuk menghukum para perusahaan pengadaan TKI agar mereka tdk mempekerjakan TKI secara ilegal

Kamis, 26 Agustus 2010 | 11:00 WIB
Indonesia, Rumusnya begini : ini ada karena itu, itu muncul karena ada yang ini, akibatnya begini dan ini harus diselesaikan dengan itu. Namun itu nya ga bisa dilakukan, cuma (dan hanya cuma) berpikir "bagaimana si ini ga bersiinggungan dengan si itu"

Kamis, 26 Agustus 2010 | 11:56 WIB
dulu kita kuat sekarang kita lemah, kenapa, pada susah diurus, mau enak sendiri, mau menang sendiri, mau kaya sendiri, dengan korupsi besar-besaran, lapangan kerja susah, mata uang ga ada nilainya daya beli kurang, akhir pada merantau ke malaysia,

Kamis, 26 Agustus 2010 | 11:59 WIB
masak dihina sama negara tetangga diam aja.. udah pada ga punya harga diri orang2 di pemerintahan. pada sibuk memperkaya diri masing2 kali yah?
Balas tanggapan

Kamis, 26 Agustus 2010 | 12:35 WIB
Sabar ya wahai bangsa RI, ya paling tidak kita MENIKMATI DERITA ini sampai 2014...he he ?? LANJUTKAN

Kamis, 26 Agustus 2010 | 12:03 WIB
Potensi pelemahan terbesar terhadap bangsa kita ya ada di bangsa kita sendiri, terutama para pemimpinnya

Kamis, 26 Agustus 2010 | 11:53 WIB
tapi bukannya asset mereka di Indonesia banyak ya?, tenaga kerjanya juga lokal, bukannya lebih baik boikot pemerintah kita yang kerjanya ga bener, hari ini rakyat masih miskin?, apa kemajuannya coba?, cuman nguntungin pejabat-pejabat korup..benahi rumah tangga sendiri, baru boleh kasih contoh rumah tetangga....

Kamis, 26 Agustus 2010 | 08:58 WIB
emang udah ketahuan... kita akan semakin terbelakang dari malaysia, karena negara ini adalah negara koruptor yg notabene aparat2nya memiskinkan rakyatnya.... 65 thn merdeka tetap miskin; korea, jepang, malaysia tertinggal o/ indonesia.... tp sekarang??? tanya rumput yg bergoyang.... hehehe

24 Ogos, 2010

[ hang nadim] Indonesia Oh Indonesia ............Tindakan melampau, jijik






Bicara oleh mereka yang tidak menilai perasaan dan membuat sesuatu menghina saudara serumpun sebangsa yang mencetuskan kemarahan dan merenggang persaudaraan seagama di bulan Ramadhan adalah tidak wajar.......hapuskan Ingatan perasangka mengatakan orang lain saja yang salah.....tetapi betulkah.....kita yang tidak hadir ketika kesalahan berlaku pula membuat keputusan dan menghukum orang lain yang jahat......sedangkan orang yang kena tidak pun menyuarakan atau mengatakan perkara yang tidak benar....fikir.....sabar....dan jangan suka mencetuskan sengketa diantara kita dalam sayu Rumpun Bangsa.....di bulan puasa.....



AHMAD ZAKI menghantar memo bantahan di Kedutaan Indonesia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO semalam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan yang membaling najis ke pekarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan memijak Jalur Gemilang dalam satu demonstrasi di luar kedutaan itu petang semalam.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun tindakan melampau itu dilakukan hanya segelintir pihak dan tidak mewakili pendirian rakyat Indonesia terhadap Malaysia secara keseluruhan, insiden berkenaan dianggap telah merendahkan kedaulatan negara dan satu perbuatan yang amat jijik.

Justeru, beliau menggesa pemerintah Indonesia meningkatkan tahap keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mengelakkan perkara itu berulang.

Beliau juga menyeru media Indonesia yang dipercayai turut terlibat dalam mengapikan-apikan hubungan baik antara kedua-dua negara supaya melaporkan berita dengan lebih berhemah bagi menjaga keharmonian hubungan dua hala.

"Saya juga telah mengarahkan Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zaki Zahid untuk menghantar satu memo bantahan kepada Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur bagi menyampaikan mesej protes dan bantahan kami kepada pemerintah Indonesia berhubung kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Polis mula siasat YB Lembah Pantai
2010/08/25
KUALA LUMPUR: Polis akan memulakan siasatan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya kepada akhbar Indonesia, baru-baru ini, yang didakwa menjejaskan imej dan maruah negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan itu sebelum meneliti sama ada ia disiasat mengikut Akta Hasutan.
Beliau berkata, siasatan itu susulan laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan Nurul Izzah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperkecilkan keupayaan kapal selam negara
Bila sudah ada laporan polis dibuat, maka kita akan mula menyiasat. Sama ada kertas siasatan dibuka mengikut Akta Hasutan bergantung kepada penelitian yang dijalankan.

Kita juga akan menyiasat dari segenap sudut sama ada ia (kenyataan Nurul Izzah) membabitkan pendedahan maklumat sulit atau dakwaan semata-mata. Isu yang ditimbulkan itu serius kerana membabitkan soal keselamatan negara, katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Kelmarin, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip, membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah kerana mengeluarkan kenyataan men-jejaskan imej dan maruah negara dalam temubual dengan akhbar Indonesia, baru-baru ini.

JAKARTA, KOMPAS.com- Pemerintah Malaysia telah sepakat dengan usulan Indonesia bahwa pertemuan joint ministerial commission akan dilangsungkan pada tanggal 6 September 2010. Terkait lokasi pertemuan, disepakati berlangsung di Kinabalu, Malaysia.

Pertemuan yang diketuai kedua menlu, baik Indonesia dan Malaysia, akan membicarakan sejumlah isu, termasuk soal perbatasan yang saat ini disengketakan. "Fokusnya kemungkinan besar adalah masalah perbatasan. Apakah perbatasan di mana insiden terjadi atau di perbatasan lainnya," kata Menteri Luar Negeri RI Marty Natalegawa di Kantor Presiden, Jakarta, Selasa (24/8/2010) usai mengikuti sidang kabinet paripurna.

Marty mengatakan, pertemuan tersebut merupakan payung kerja sama Indonesia-Malaysia di dalam berbagai bidang. "Ada beberapa kelompok kerja di bawah joint ministerial commission ini," katanya.

Terkait langkah-langkah perlindungan WNI, Marty mengatakan, pihaknya meningkatkan kemampuan deteksi dini perwakilan RI atas kasus yang menimpa WNI melalui komunikasi secara pro aktif dan terus-menerus dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia, aparat kepolisian, Imigrasi, dan penjara di Malaysia.

"Pemerintah Indonesia juga memberikan pendampingan dan advokasi hukum dalam rangka memastikan due process of law. KBRI menyewa pengacara tetap, dan menyediakan penerjemah.

Pemerintah juga memberikan fasilitas komunikais pihak keluarga dan penampungan, serta langkah-langkah antarpemerintah, termasuk diplomasi untuk mengupayakan pengampunan dan atau keringanan hukuman," katanya.

Siapa dalang?
Wisma Putra digesa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dalang di belakang tindakan segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina Malaysia.

Rakyat Indonesia di Malaysia kesal
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan ahli Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.

Tindakan pijak Jalur Gemilang cemari Ramadan – Rais
IPOH 24 Ogos – Tindakan memijak bendera Jalur Gemilang dalam satu tunjuk perasaan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia disifatkan sebagai mencemar kesucian Ramadan.

23 Ogos, 2010

[ hang nadim] Pasukan khas siasat isu khutbah....


AYUB menunjukkan gambar khatib yang menyebut nama Guan Eng dalam doa ketika khutbah Jumaat pada sidang akhbar di George Town semalam.

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu mengenai khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima dua laporan mengenai isu itu dalam tempoh seminggu.

"Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong.

Menurut Ayub, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 4 A Akta Hasutan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Beberapa personaliti yang terlibat dengan kejadian tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.