Pages

Subscribe:

16 April, 2011

[hang nadim} Barisan secures two-thirds majority win.....Tahniah





























BN bentuk kerajaan negeri

KUCHING 16 April – Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemerintahan di Sarawak dengan majoriti dua pertiga walaupun berhadapan dengan tentangan sengit khususnya di kawasan pengundi Cina.

BN memperbaharui mandat rakyat apabila menang 55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebahagian besarnya disumbang oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Berikutan kemenangan itu, Pengerusi BN negeri yang juga Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu majlis, di sini.

PBB mengulangi rekod pilihan raya negeri pada 2006 apabila menyapu bersih kesemua 35 kerusi yang ditandinginya di kawasan majoriti Melayu/Melanau dan Dayak.

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kalah teruk malah Presidennya yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri George Chan Hong Nam tewas kepada calon DAP di DUN Piasau.

Satu lagi parti komponen BN negeri ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang menang lapan daripada sembilan kerusi yang ditandinginya.

Walaupun berjaya merampas DUN Ngemah daripada Parti Cinta Malaysia (PCM), PRS kehilangan satu kerusi di Pelagus yang merupakan satu-satunya kawasan yang dimenangi calon Bebas iaitu George Lagong.

Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) yang menyapu bersih lapan kerusi pada pilihan raya negeri 2006 pula gagal mengulangi pencapaian itu apabila menang di enam DUN sahaja dan tewas di Ba’kelalan dan Krian.

Pencapaian terbesar parti pembangkang dilakar oleh DAP yang menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina apabila menang di 12 kerusi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula hanya berjaya menawan tiga DUN iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba’kelalan

Published: Saturday April 16, 2011 MYT 5:05:00 PM
Updated: Sunday April 17, 2011 MYT 12:11:04 AM
Results (live coverage): Barisan secures two-thirds majority win, Taib sworn in as CM

11.10pm: Final results - of the 71 seats contested, Barisan Nasional wins 55, DAP 12, PKR 3 and Independent 1
10.40pm: Taib Mahmud sworn in as Chief Minister at 10.30pm, shortly after Barisan capture two-thirds majority.
10.30pm: Seats won as at 10.10PM
Barisan 55
DAP 12
PKR 3
SNAP 0
PAS 0
PCM 0
Independent 1


















From left: Tan Sri Alfred Jabu, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Tan Sri Abdul Taib Mahmud in a celebratory mood following announcement that Barisan secured a two-thirds majority win. - ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR















Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is all smiles looking at the results of the Sarawak state election at Menara Tun Hussein Onn. - AZHAR MAHFOF/The Star.


Nukilan Hati Hang Nadim

Dalam mengenang warisan perjuangan, janganlah kita lalai dan salah fakta
terhadap sumbangan pejuang-pejuang warisan kemerdekaan dari sabah & sarawak
semasa darurat,konfrantasi,ancaman PKM & anasir subversif dlm membentuk Malaysia. nama seperti Menggong,Awang ,Rawing,Kanang,Kulasingsam dan lain lain mereka pejuang Negara, tetapi sumbangan mereka dalam WARISAN M'sia begitu besar. janganlah
seperti lagu Warisan "andai aku disingkirkan ???"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.