Pages

Subscribe:

22 Ogos, 2012

WAHAI BANGSA KU MARILAH KITA RENUNG DAN BERFIKIR.....

Presiden/ AHLI jawatankuasa/Ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Kuala Muda Bersama Ketua Polis Daerah.....










'Mustahil praktik hudud di Malaysia'

oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 20 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) yang menentang keras pelaksanaan hukum hudud menyifatkan undang-undang Islam itu mustahil dipraktikkan di negara ini.

Katanya, hukum hudud tidak mampu membantu membasmi kegiatan jenayah di Malaysia.

Sebagai contoh dalam kes rogol, jelas beliau, mengikut hukum hudud memerlukan empat saksi untuk membuktikan 100 peratus bahawa suspek melakukan perbuatan jenayah tersebut.

"Mustahil untuk mendapatkan empat saksi dalam kes rogol, justeru sukar untuk memberikan 100 peratus bukti kukuh.

"Suspek tidak berasa takut kerana sukar mendapatkan 100 peratus untuk membuktikan dirinya bersalah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Karpal menegaskan, DAP menentang perbuatan lompat parti oleh mana-mana ahli politik tanpa mengira dari parti mana sekali pun.

Lantaran itu, katanya, DAP tidak akan bertolak-ansur terhadap perkara tersebut.

"Ini adalah salah di sisi undang-undang kerana ia tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, lompat parti ini adalah tindakan mengkhianati sokongan pengundi yang memberikan mandat kepada seseorang menjadi wakil rakyat mereka," katanya.

Karpal berharap Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah satu pilihan raya bersih dengan calon yang bersih dan bukan seseorang yang akan mengkhianat pengundinya nanti

Pas sendiri beri gambaran salah terhadap hukum hudud - Mohd. Asri

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

“Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

“Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya.

Dr. M: Jangan tertipu janji pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa rakyat terutama para pengundi supaya tidak tertipu dengan pakatan pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ghairah menabur janji menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, sikap pembangkang menabur janji menukar Malaysia menjadi negara kebajikan merangkumi aspek seperti pemansuhan yuran pendidikan, tol serta penyediaan subsidi tinggi bagi petrol hanyalah sebahagian daripada rayuan mereka untuk menggantikan Barisan Nasional (BN).

Jika perkara sebegitu dilaksanakan, katanya, negara akan menghadapi kesukaran kewangan dalam menyediakan infrastruktur dan kemudahan seperti persekolahan serta pencen kepada rakyat seperti kegagalan yang dilalui oleh negara Sosialis dan Komunis satu masa dahulu.

Justeru katanya, sikap pembangkang menabur janji bagi menghadapi pilihan raya adalah berbeza dengan usaha melaksanakannya, sebaliknya itu hanya rayuan bagi membolehkan mereka menggantikan Barisan Nasional (BN) nanti.

"Harapan terbaik (pembangkang) ialah keupayaan memori rakyat pendek, mereka kebiasaannya lupa kepada janji-janji," katanya dalam entri blog beliau bertajuk Perubahan hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir, membidas Anwar kerana menggunakan penyelesaian disediakan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi menghadapi Krisis Kewangan Asia 1997-1998 sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Akibat model IMF tersebut, katanya, bank dan syarikat tempatan menghadapi ancaman bankrap akibat pinjaman tidak berbayar di samping masalah kos import serta kos sara hidup rakyat semakin melonjak.

Katanya, rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan adalah buruk namun gemar mendakwa kejayaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dilaksanakan oleh individu lain sebagai usaha beliau.

Kini sebagai pemimpin pembangkang, katanya, Anwar mendakwa akan melakukan pelbagai perubahan tetapi gagal melaksanakannya sewaktu berada di dalam kerajaan.

......Sebuah lagu yang mengajak orang melayu bersatu demi masa depan anak cucu kita.percakaran yang tiada kesudahan sesama kita hanya menguntungkan pihak lain.moga dengan penghayatan yang mendalam lirik lagu ini mampu menyedarkan kita bahawa kita sudah banyak kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.