Pages

Subscribe:

20 Jun, 2013

[hang nadim] Peserta perhimpunan hilang 'punca' - Mufti Kelantan



Photo

KOTA BHARU 20 Jun - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan peserta perhimpunan
haram pakatan pembangkang Sabtu ini di Kuala Lumpur sebagai golongan yang sudah hilang 'punca'.

Beliau berkata, golongan tersebut sebenarnya sukar untuk diperbetulkan dan sebarang saranan termasuk mengadakan solat hajat yang jauh lebih baik daripada perhimpunan itu tetap tidak memberikan sebarang 
faedah kepada mereka.

Sebaliknya kata beliau, peserta perhimpunan itu tetap akan melakukan apa yang mereka fikirkan, meskipun mendapat tentangan banyak pihak.

"Mereka memang suka begitu. Dahulu sebelum pilihan raya, sudah ada perhimpunan sebegini, saya ingat akan berakhir. Namun, selepas pilihan raya, mereka masih lagi tidak puas hati. Itu tidak puas hati, ini tidak puas hati.

"Sekarang saya nampak kalau kita hendak menentang situasi ini, kita terlalu bergantung pada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ulama, padahal itu hanya melibatkan isu politik dan sepatutnya ahli politik yang perlu menyelesaikannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_04/Peserta-perhimpunan-hilang-punca---Mufti-Kelantan#ixzz2WnkJ8uYx © Utusan Melayu (M) Bhd


Solat hajat lindungi negara




Kiri Ismail Mina Ahmad, Dr. Fadlan
KUALA LUMPUR 20 Jun - Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok untuk memohon supaya Allah SWT memberi perlindungan, kestabilan dan keamanan kepada negara daripada sebarang kesan buruk perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok, di sini Sabtu ini.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, solat hajat itu perlu diadakan supaya tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam perhimpunan tersebut.
Malah, beliau juga menegaskan umat Islam perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan itu yang jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana cuma mahu menunaikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui rusuhan jalanan.
"Kita perlu sama-sama memohon kepada Allah SWT agar perhimpunan haram itu nanti jika diadakan sekalipun tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat seperti yang berlaku di negara-negara Arab.
"Saya berharap semua masjid dapat mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dikecapi sekarang tidak dirampas oleh pihak yang kecewa dengan keputusan Pilihan Umum Ke-13 lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pembangkang dilaporkan tetap berkeras mahu mengadakan perhimpunan haram itu walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan itu pada Sabtu ini.
Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia (Ilmu), Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, selain solat hajat umat Islam juga digalakkan berdoa supaya Allah menggagalkan segala perancangan jahat untuk menimbulkan keadaan huru-hara melalui perhimpunan haram itu.
Tegas beliau, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri mewajibkan umat Islam untuk menyokong serta patuh kepada pemerintah Islam sedia ada.
"Kalau pemerintah tidak baik sekalipun dalam Islam ada etika atau adab yang digariskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu dengan menasihati bukannya dengan berdemonstrasi.
"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua umat Islam tidak menyertai perhimpunan tersebut dan sebaliknya bersama-sama kita mendoakan supaya kesejahteraan serta keamanan dinikmati sekarang tidak tergugat," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_01/Solat-hajat-lindungi-negara#ixzz2Wnp3xR55
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.