Pages

Subscribe:

21 Ogos, 2013

[hang nadim] JIKA ANDA INGINKAN.....ถ้าคุณต้องการ .....وإذا كنت تريد.



















Dua polis, seorang awam didakwa rasuah
di Johor Bahru

JOHOR BAHRU 22 Ogos - Dua anggota polis dan seorang awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rasuah yang dilakukan pada Oktober tahun lepas.
Koperal Kamaruzaman Khamis, 45; Konstabel Zamzuri Idha Ismawi, 27; dan pekerja kedai aksesori kereta Cheah Chee Seng, 27, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Mereka didakwa bersama-sama meminta suapan berjumlah RM15,000 daripada Lee Tau Hoo, 37, di Plaza DNP, Jalan Abdullah Tahir di sini kira-kira 1 pagi 18 Okt tahun lepas.
Suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Lee yang disyaki melakukan kesalahan memiliki dadah.
Mereka juga didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1,800 daripada Lee atas tujuan yang sama di hadapan Public Bank, Jalan Rosmerah 2/10, Taman Johor Jaya di sini kira-kira 2.30 pagi dan RM500 kira-kira 2.50 pagi hari yang sama.
Ketiga-tiga mereka turut menghadapi pertuduhan menerima suapan bernilai RM5,000 daripada Lee atas tujuan yang sama di hadapan TM Point, Jalan Rosmerah 2/10 Taman Johor Jaya kira-kira 9.30 malam hari berikutnya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mereka boleh dihukum menurut Seksyen 24 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Raya SPRM Ridzuan Abd Malik menawarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan kepada ketiga-tiga tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Noordin Hussin yang mewakili ketiga-tiga tertuduh meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 seorang bagi setiap pertuduhan terhadap Kamaruzaman dan Zamzuri yang telah membayar jaminan RM10,000 seorang kepada SPRM dan membantu dalam siasatan kes itu.
Noordin turut meminta mahkamah mengenakan ikat jamin yang ringan kepada Cheah yang sebelum itu telah membayar ikat jamin sebanyak RM4,000 kepada SPRM dan memberi kerjasama dalam siasatan kes itu.
Mohamad Haldar membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 seorang dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 September.- BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130822/ma_09/Dua-polis-seorang-awam-didakwa-rasuah-di-Johor-Bahru#ixzz2cq0UohcL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.