Pages

Subscribe:

22 Oktober, 2013

[hang nadim] 菠萝,菠萝蜜将进入中国市场.....Pineapple, jackfruit will penetrate the Chinese market.....

Nanas, nangka bakal tembusi pasaran China


Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan peserta selepas perasmian Persidangan Pemasaran Perniagaan Pertanian Antarabangsa 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Malaysia bakal mengeksport nanas dan nangka ke China dalam usaha memasarkan produk tempatan ke luar negara.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, pihaknya masih menunggu 'lampu hijau' daripada kerajaan China bagi membolehkan Malaysia memasarkan produk buah-buahan itu.
Menurutnya, nilai eksport buah- buahan tempatan ke seluruh dunia bagi tahun 2012 berjumlah RM600 juta walaupun melibatkan peruntukan promosi yang sedikit.
"Oleh itu, kita memerlukan tambahan peruntukan dari segi promosi bagi membolehkan kementerian membantu petani mempromosikan produk mereka ke luar negara.
"Produk tempatan mesti mampu bersaing dengan produk negara jiran seperti Thailand yang nampaknya menguasai pasaran buah-buahan di luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pemasaran Perniagaan Pertanian Antarabangsa 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Yang turut hadir timbalannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak.
Sehubungan itu, menurutnya, beliau mengharapkan Bajet 2014 yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini akan memberi peruntukan tambahan kepada aktiviti pemasaran produk-produk tempatan.
Beliau menambah, tambahan peruntukan itu kelak dapat membantu FAMA dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mempromosikan produk tempatan ke luar negara yang bukan hanya menguntungkan negara tetapi menjana pendapatan para petani, nelayan dan peladang.
"Walaupun produk kita baik tanpa adanya promosi, orang tidak akan tahu. Masyarakat dunia sekarang melihat kepada promosi.
"Cuba bayangkan jika kita menerima tambahan peruntukan RM20 atau RM50 juta untuk promosi, berapa banyak program yang boleh kita lakukan. Tambahan pula kita mempunyai lapan atase pertanian di seluruh negara antaranya di Amerika Syarikat, China dan Jepun yang boleh membantu," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan membanteras kegiatan 'orang tengah', beliau merayu semua pihak memberi kerjasama dengan kementeriannya untuk menghapuskan kegiatan itu.
Katanya, beliau dan kementeriannya tidak akan berjaya mencapai misi itu tanpa sokongan serta sokongan para petani, nelayan, peladang dan pengguna sendiri.

 



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131023/dn_07/Nanas-nangka-bakal-tembusi-pasaran-China#ixzz2iUmPkoWK 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.