Pages

Subscribe:

10 Julai, 2014

[hang nadim] Melanjutkan fungsi kognitif Alzheimer......המשך תפקודים קוגניטיביים של מחלת אלצהיימר ..

Kajian mendedahkan campuran berbeza menggunakan juzuk asas kunyit, curcumin mendatangkan kesan positif kepada penyakit Alzheimer.

















KIRI adalah rupa otak sihat manusia, manakala di sebelah kanan adalah organ pesakit Alzheimer.
BUKAN sekadar menjadi bahan penambah warna dan rasa dalam masakan masyarakat Asia, kunyit juga merupakan salah satu herba yang sering digunakan dalam mendorong meningkatkan tahap kesihatan diri individu.
Namun, di Selatan Asia, kunyit sering digunakan sebagai kaedah perubatan tradisional untuk membantu penyembuhan luka, keradangan, pembersihan darah, asma, epilepsi, batu hempedu, kekejangan, kolesterol tinggi, sesak nafas, hidung berair, batuk, resdung, gangguan hati, tiada selera makan, sakit sendi dan luka akibat diabetes.
Bagaimanapun, menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, Prof. Gerard Bodeker, kunyit mempunyai potensi besar untuk membantu pesakit Alzheimer (AD).
PESAKIT Alzheimer sering mengalami kemerosotan daya ingatan sehingga mereka tidak mampu mengurus diri sendiri.

AD ialah sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit ini adalah keadaan kemerosotan daya ingatan sehinggakan penghidapnya tidak mampu mengurus diri mereka sendiri.
Antara ciri-ciri simptom klinikal AD ialah disfungsi pemikiran, kemurungan, kecelaruan, berkhayal, insomnia dan tidak boleh duduk setempat.
"Dianggarkan bahawa separuh daripada warga emas yang berumur 85 tahun menghidap AD. Peningkatan kes-kes AD telah menyebabkan keperluan penting dalam meneroka kaedah-kaedah terbaharu.
Atas dasar peningkatan kes AD, terdapat keperluan untuk meneroka pendekatan terbaharu yang menawarkan kesan yang efektif, selamat dan menjimatkan kos.
"Potensi kunyit dapat dilihat menerusi kadar AD yang rendah di India. Apabila kajian dibuat, didapati angka itu disumbangkan oleh penggunaan herba ini dalam hidangan ruji mereka iaitu kari," jelasnya yang telah mengkaji potensi kunyit selama sedekad.
Tambahnya, kunyit mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai curcumin. Bahan itu berperanan mencegah penyakit berprofil tinggi seperti kanser payudara, prostat dan mengurangkan kolesterol. Selain itu, curcumin juga bersifat antioksidan.
Mengulas lanjut kegunaan kunyit dalam bidang farmakologi AD, Bodeker memberitahu, pencarian kaedah perubatan terbaharu itu menggunakan curcumin sebagai juzuk paling penting dalam campuran dipanggil curcuminoid iaitu gabungan curcumin, demethoxycurcumin dan bisdemethoxycurcumin.
Namun demikian ia masih dalam peringkat kajian memandangkan setiap komponen campuran kurkuminoid memberikan kesan yang berbeza kepada penyakit AD.
Kajian

KUNYIT merupakan bahan utama yang digunakan dalam masakan terutamanya kari.



Kajian juga dijalankan ke atas pelbagai komponen kunyit termasuk curcumin, bisdemethoxycurcumin dan demethoxycurcumin yang memberikan hasil yang menyokong penggunaan kunyit dalam perubatan AD.
Dalam pada itu, pengambilan kurkuminoid terhad secara oral, justeru, kajian pada tahap yang berbeza telah dijalankan untuk memahami farmakokinetik daripada sebatian tersebut.
"Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan bioketersediaan curcumin seperti pemanasan atau menggabungkan dengan piperin iaitu bahan aktif dalam lada hitam. Kajian dijalankan menunjukkan bahawa piperin, yang menghalang penambahan asid glukuronik untuk substrat hati dan usus, meningkatkan bioketersediaan dengan menghalang metabolisme.
"Pelarutan curcumin dalam minyak kunyit juga meningkatkan bioketersediaan kerana mampu untuk menyeberangi darah dan halangan otak, sekali gus menjadi cara baharu untuk meningkatkan kelarutan bioketersediaan dan menambah penembusan unsur tersebut ke otak," jelasnya.
Ketika keupayaan fizikal otak berkurang, curcumin berpotensi melanjutkan jangka masa kemampuan kognitif organ penting itu dan menghalang pembentukan plak yang menjadi punca kepada penyakit AD.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan penyerapan pigmen curcumin ini adalah lebih cekap dalam bentuk semula jadi daripada dalam bentuk kimia terpencil.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.