Pages

Subscribe:

03 Oktober, 2013

[hang nadim] X-SM 25684 MUSA BIN KIJA .....MENINGGAL DUNIA....

ALFATIHAH......

Allah Yarham MUSA BIN KIJA (x-SM 25684) (Lahir 1936)
Meninggal Dunia Di hospital Pulau Pinang Pada 2/10/2013 dan di Kebumikan
Pada 3/10/2013 11.00 pagi di Tanah Pekuburan Tanjung Tok Kong, Pulau Pinang.
Bersara Pada 1991
Berasal dari Rantau Negeri Sembilan.
Isteri :Zaharah Salim (Asal Dari Bidor) Sakit 4 Bulan.
Anak: Azhar Musa (Anak Sulong) sakit Lumpuh....
Semoga Cepat Sembuh........
Tempat Tugas
PULAPOL - 1954
Jungle Company No 3 Lapangan Terbang Ipoh
Bertugas Di Grik Perak
Cawangan Trafik Seremban
Balai Polis Kuala Ketil Kedah
Balai Polis Tg Tok Kong Pulau Pinang.
Balai Polis Telok Bahang Pulau Pinang
Tempat Tugas terakhir Balik Pulau ,Pulau Pinang
Pernah Bertempur
di Tasik Bera Pahang, Di Taman Negara Pahang
Bertugas Di Baling Semasa Rundingan Tengku Abd Rahman
dengan Cheng Peng. 1955.
Pesanan Beliau dengan Linangan Air Mata.
Berjuanglah untuk Agama , Bangsa dan Negara
Bila disebut Cheng Peng Beliau Geleng Kepala dan terus menagis
Dan mengatakan seorang Platun Komandernya meninggal dan seorang rakan
Telah mati dalam pertemporan.....dengan Komunis.
Percakapan beliau masa lawatan dirumah anaknya di Taman Mesra ,Lunas,
oleh Tuan Hj Shariff Pengerusi Negeri Bekas Polis Kedah, 
Hj Misnan Setiausaha Persatuan Bekas Polis Kuala Muda Kedah, Hj Mohd Nor Wahab 
Ketua  Cawangan Bekas Polis SPU, Sobri Zakaria Bekas Pelatih Pulasar, Sabak Bernam 
dan hang Nadim.....sehari sebelum kematiannya.
Semoga Allah cucuri Rahmat Keatas Rohnya......Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.