KUALA LUMPUR 3 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat melibatkan 28 pegawai kanannya diketuai oleh Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman. Acryl Sani dilantik dengan pangkat baharu sebagai Komisioner Polis.
Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim kini menjawat jawatan sebagai Pengarah KDNKA dengan memangku pangkat Senior Deputi Komisioner Polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Abu pula sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, turut terlibat ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing yang kini sebagai Timbalan Pengarah JSJK (Perancangan Strategik/Inspektorat) Bukit Aman.
Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor, Asisten Komisioner Mohd. Hishamudin Tahar menjadi Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan), Jabatan Logistik Bukit Aman.
Ketiga-tiganya memegang jawatan sebagai pemangku Senior Asisten Komisioner," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Asmawati seterusnya memberitahu, Ketua Polis Daerah Manjong, Perak, Asisten Komisioner Jaafar Baba dilantik sebagai Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetesi) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Asisten Komisioner Lim Kok Fook pula bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah (D7C) Antipemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (ATIP/ASOM), Bukit Aman.
Timbalan Ketua Perancangan Strategik JPJKK Selangor, Asisten Komisioner Dennis Lim Kwan Keng kini sebagai Timbalan KJSJ (Siasatan/Perundangan) JSJ, IPK Johor," ujar beliau.
Kata Asmawati, seramai 20 pegawai berpangkat Supritendan turut bertukar jawatan dengan memangku pangkat ACP.
Antaranya ialah Timbalan Ketua JSJ Kelantan, Supritendan Zainol Samah yang menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi; Penolong Pengarah (Pembangunan/Bekalan/Teknikal) KDNKA, Supritendan Chong Kok Sin sebagai Ketua Polis Daerah Cheras.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supritendan Muhamad Zaki Harun sebagai Ketua Polis Daerah Seremban; Supritendan (D10) Kimia, JSJ, Supritendan Shaikh Abdul Adzis Sh. Abdullah sebagai Ketua Polis Daerah Melaka Tengah; Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Idris Abd. Rafar sebagi Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu dan Ketua JSJ Perlis, Supritendan T. Mohd. Zailan T. Ahmad Shah sebagai Ketua Polis Daerah Manjung," katanya.
Tambah beliau, Pusat Latihan Polis (Pulapol) turut menerima kehadiran pegawai baharu iaitu Supritendan Abdul Latiff Yunus sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pulapol Kuala Lumpur manakala jawatan Komandan Pulapol Kuching diisi oleh Supritendan Azman Salim.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141004/dn_17/28-pegawai-PDRM-tukar-naik-pangkat#ixzz3FALnUa92
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.