Pages

Subscribe:

08 Oktober, 2014

[hang nadim] Tun bercakap mengenai Tahaluf Siyasi... PAS boleh baca ke?



Sedebik kena atas muka PAS bila Tun bercakap mengenai Tahaluf Siyasi... PAS boleh baca ke?
SEDEBIK KENA ATAS MUKA PAS!
Tulisan Dr Dr. Mahathir bin Mohamad mengenai ;
TAHALUF SIYASI
1. Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang China yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu
2. PAS mendakwa bahawa orang Islam tidak dibenar oleh agama Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam. Mereka akan menjadi kafir jika berbuat demikian. Oleh itu, orang Melayu dalam UMNO dan penyokong mereka sudah menjadi kafir.
3. Tuduhan ini dibuat dengan begitu serius sehingga orang PAS benar- benar percaya orang UMNO kafir. Susulan dari itu, orang PAS tidak lagi sembahyang berjemaah dengan orang UMNO. Mereka sembahyang berasingan dibelakang imam mereka sendiri.
4. Mereka tidak membenar anak mereka berkahwin dengan anak orang UMNO. Ada yang dikahwin sekali lagi kononnya untuk menghalalkan perkahwinan mereka sebelum menyertai PAS.
5. Kubur orang PAS juga diasingkan dari kubur orang UMNO. Ada juga perpecahan dalam keluarga kerana anak mengkafir ayah dan ibu kerana menyokong UMNO.
6. Sesungguhnya dakwaan bahawa orang UMNO kafir dipercayai tanpa diragu oleh orang PAS.
7. Dalam pilihanraya sehingga 1986, PAS meletak calon-calonnya melawan bukan sahaja BN tetapi juga parti-parti bukan Islam yang lain. Kerana tidak disokong selain dari ahli PAS dan Melayu yang terima hujah PAS, kemenangan PAS amat tipis. Jelas sekali selain dari Kelantan dan Terengganu tidak mungkin PAS menang dan mendiri Kerajaan dinegeri lain. Sudah tentu PAS tidak mungkin mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
8. Walaupun Tengku Razaleigh dengan Semangat 46nya berjaya memujuk PAS bekerjasama dengan partinya dan DAP tetapi kemenangan bagi PAS tidak banyak meningkat.
9. Tetapi Anwar Ibrahim lebih berjaya mempengaruhi PAS supaya bekerjasama bukan sahaja dengan PKR tetapi juga dengan DAP, parti bukan Islam yang terbesar yang menolak agenda Islam, PAS.
10. PAS terpaksa akui bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, tak mungkin PAS berkuasa di peringkat pusat. PAS berada dalam keadaan serba salah. Mereka sudah kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi hakikatnya PAS perlu bekerjasama dengan orang kafir jika PAS ingin jayakan hasrat untuk berkuasa di peringkat Pusat dan melaksanakan hukum hudud PAS dalam negara Islam kononnya.
11. Sementara rakan UMNO yang bukan Islam tidak pernah menentang UMNO dan Islam, bahkan mereka tidak menolak dakwaan UMNO bahawa Malaysia adalah Negara Islam, tetapi DAP yang PAS berhasrat bekerjasama secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS yang kononya diperjuang oleh PAS. Pemimpin DAP begitu keras menolak Negara Islam PAS sehingga menyatakan langkah mayat mereka sebelum Malaysia dijadikan Negara Islam. Tentangan DAP terhadap Islam dan Negara Islam menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka. Sesungguh mereka tidak bersetuju dan anggap PAS sebagai musuh terutama berkenaan cadangan memperkenalkan hukum hudud.
12. Namun PAS tidak dapat menolak hakikat bahawa tanpa kerjasama dan sokongan orang bukan Islam, iaitu DAP, PAS tak mungkin berkuasa di peringkat pusat.
13. Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab “tahaluf siyasi” bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.
14. Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.
15. Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan ‘tahaluf siyasi’ yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah. Bahawa ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan. Bahawa DAP secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam UMNO juga tidak disebut. Kerana kerjasama ini disebut sebagai ‘tahaluf siyasi’ dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir. Jangan sebut kerjasama, sebut ‘tahaluf siyasi’ sahaja dan kerjasama dengan kafir menjadi halal.
16. Maka berpeluk-peluklah pemimpin PAS dengan pemimpin kafir. Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang UMNO diteruskan kerana kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu Tahaluf Siyasi.
17. PAS amat pintar dengan penggunaan Islam dan Bahasa Arab untuk menghalalkan yang haram apabila dilakukan oleh mereka dan mengharamkan perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO. Saya tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya ‘tahaluf siyasi’ ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.
18. Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.
19. Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP.
20. Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah.


Luahan Hati Tun Dr MAHATHIR Mohammad (Blog Chedet)
Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu ada Menteri Kabinet yang tidak tahu pun pasal keputusan menaikkan harga minyak pagi ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib terlalu mendengar kata-kata beberapa orang penasihat walaupun ada Menteri Kabinet yang membantah keputusan ini sudah berminggu minggu.
KSP dan beberapa penasihat dan NAJIB RAZAK inginkan kenaikan ini berlaku.
Bukan keputusan ini dibuat semalam. Sudah lama ia dibincangkan. Kita semua tahu atas keborosan kerajaan dan saya juga pernah banyak kali menegur beliau yang mentadbir negara ini seperti mentadbir sebuah syarikat yang inginkan keuntungan berganda.
Kerajaan memerlukan duit segera. Tambahan pula bajet akan diumumkan selepas ini.
Kononnya rakyat akan gembira lepas BR1M akan dinaikkan sehingga RM900 tahun hadapan.
Itu yang KSP fikir. KSP hanya tahu cash kena ada kat tangan kerajaan. Jadi cara paling cepat ialah subsidi ditarik.
KSP ni juga pernah jaga LHDN. Jadi mungkin terikut cara urus LHDN (untuk dapatkan cukai) dan perbendaharaan negara.
Mereka ini tidak boleh dikritik. Mereka akan kata pada zaman saya memerintah, harga minyak juga dinaikkan. Betul, saya juga naikkan harga minyak tapi pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat. Harga yang dinaikkan tidak melebihi sepuluh sen dan tidak setiap tahun. Penarikan subsidi 20 sen ini adalah besar dan akan memberi kesan kepada rakyat. Kadar inflasi akan meningkat kerana kuasa beli rakyat semakin berkurangan malah hutang negara akan terus meningkat. Saya agak bimbang dengan keadaan ini dan tidak mustahil Malaysia bangkrap lebih awal. Rasanya wawasan 2020 yang diilhamkan oleh saya tidak akan menjadi realiti kerana 20 sen ini. Saya perhatikan malam tadi beratus-ratus orang memenuhi stesen minyak dek kerana 20 sen ini. 20 sen ini besar kesannya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Jangan pula nanti ada pemimpin yang menyindir kalau tidak suka harga minyak naik, sila keluar dari Malaysia. Kerana sindiran ini akan membuatkan kalangan rakyat yang cerdik pandai akan keluar berhijrah ke negara maju lain khususnya New Zealand dan Australia yang mengalu- galukan kalangan cerdik pandai ini untuk berkerja di negara mereka. Kesannya negara kita akan kehilangan sumber manusia dan kekal hanya sebagai sebuah negara membangun. Dan kesannya Barisan Nasional akan ditolak oleh rakyat pada pilihanraya nanti. Mungkin pada masa itu saya sudah tiada lagi di dunia ini.
(Semoga TUN DET panjang umur dan kekal sihat agar terus memberikan sumbangan kepada rakyat dan dunia islam..)
FERI PULAU PINANG........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.