Pages

Subscribe:

15 Januari, 2011

[ hang nadim] Majlis perkahwinan Abdul Taib meriah.....




























ABDUL Taib Mahmud memimpin Ragad Waleed Alkurdi memasuki Kompleks Dewan Undangan Negeri pada majlis perkahwinan mereka di Petra Jaya, Kuching, Sarawak malam tadi

KUCHING 15 Jan. - Majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana meriah di Petra Jaya, malam ini.

Bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru, majlis bermula pukul 9.15 malam apabila kedua-dua mempelai diiringi masuk ke dewan persandingan bersama tetamu kehormat.

Meskipun diadakan secara tertutup, majlis berkonsepkan perkahwinan ala Inggeris yang mendapat sentuhan perunding terkenal, Datuk Raja Rezza Shah itu dihadiri 460 tetamu dari dalam dan luar negara.

Antara orang kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah ahli keluarga pengantin perempuan, beberapa Menteri Kabinet dan negeri, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pembesar negeri.

Pada majlis itu, anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menyampaikan ucapan ringkas dan latar belakang pasangan itu serta mengucapkan selamat hari lahir kepada Ragad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

"Saya juga ingin berkongsi dengan anda mimpi Puan Sri Ragad kira-kira lima bulan yang lalu. Beliau bermimpi dilamar oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan dibawa pergi dengan menaiki sebuah Rolls Royce," katanya.

Sebelum majlis berakhir, Abdul Taib yang segak mengenakan tuksedo hitam manakala isterinya mengenakan gaun malam serba putih menyempurnakan upacara memotong kek setinggi lima tingkat.

Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad yang berasal dari Syria pada 18 Disember lalu di kediamannya di Demak Bharu di sini sekali gus menamatkan zaman duda selepas kematian Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April lalu.

Beliau yang berkahwin dengan Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.


Syria (Arab: سوريا‎ Sūriyā atau سورية Sūriyah), secara rasminya Republik Arab Syria (Arabic:الجمهورية العربية السورية) ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyad dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk,[1] kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi.[2] Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh Parti Baath; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah Bashar al-Assad, anak kepada Hafez al-Assad yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000.[3] Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan, tetapi terkecuali rantau Jazira di timur laut kawasan Syira moden.[perlu rujukan] Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai Syria Besar atau nama Arabnya Bilad al-Sham (بلاد الشام). Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau İskenderun, yang sekarang merupakan sebahagian wilayah Hatay di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika perang Enam Hari tahun 1967, Israel menawan Tanah Tinggi Golan daripada Syria.[4]

Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", Σύροι Syroi, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria.[5] nama itu mungkin merupakan berasal daripada Ἀσσυρία, Assyria, yang bverasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.[

حـماةَ الـديارِ عليكمْ سـلامْ
أبَتْ أنْ تـذِلَّ النفـوسُ الكرامْ
عـرينُ العروبةِ بيتٌ حَـرام
وعرشُ الشّموسِ حِمَىً لا يُضَامْ
ربوعُ الشّـآمِ بـروجُ العَـلا
تُحاكي السّـماءَ بعـالي السَّـنا
فأرضٌ زهتْ بالشّموسِ الوِضَا
سَـماءٌ لَعَمـرُكَ أو كالسَّـما

رفيـفُ الأماني وخَفـقُ الفؤادْ
عـلى عَـلَمٍ ضَمَّ شَـمْلَ البلادْ
أما فيهِ منْ كُـلِّ عـينٍ سَـوادْ
ومِـن دمِ كـلِّ شَـهيدٍ مِـدادْ؟
نفـوسٌ أبـاةٌ ومـاضٍ مجيـدْ
وروحُ الأضاحي رقيبٌ عَـتيدْ
فمِـنّا الوليـدُ و مِـنّا الرّشـيدْ
فلـمْ لا نَسُـودُ ولِمْ لا نشـيد؟




Mimpi indah isteri Taib jadi kenyataan
2011/01/16

KUCHING: Lima bulan lalu, Puan Sri Ragad Walled Alkurdi, bermimpi berkahwin dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi dan menaiki kereta Rolls Royce dalam satu majlis penuh gilang gemilang.

Kini, mimpi wanita kelahiran Damsyik, Syria itu menjadi kenyataan apabila beliau diarak menaiki Rolls Royce ke majlis persandingannya dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, juga dalam suasana penuh gilang gemilang, malam tadi.

Anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, ketika berucap pada majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin baru itu di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, berkata Ragad memberitahunya mengenai mimpi itu, baru-baru ini. Beliau ingin berkongsi mimpi indah itu dengan kita malam ini, katanya sambil tersenyum ke arah pasangan mempelai dan menambah majlis resepsi itu bertambah manis kerana disambut serentak ulang tahun kelahiran Ragad ke-31.

Katanya lagi, mimpi indah Ragad mungkin tidak menjadi kenyataan jika ibu saudaranya, Datuk Roziah Mahmud dan suami, Datuk Robert Geneid tidak memperkenalkan wanita jelita itu kepada bapanya.

Majlis resepsi turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa Menteri Kabinet Persekutuan dan negeri. Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.

Ragad, anak bongsu pasangan Waleed dan Khayam Alkurdi dan mempunyai dua abang serta seorang kakak, dilahirkan di Damsyik sebelum berhijrah ke Riyadh ketika usia muda. Bapanya meninggal dunia pada 2003.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.